Pengaruh Pengetahuan, Aplikasi Pengetahuan dan Keupayaan Imaginasi Terhadap Kemahiran Berfikir Pelajar

Kajian ini bertujuan untuk menentukan pengaruh langsung dan tidak langsung faktor pengetahuan, kemahiran aplikasi dan keupayaan imaginasi terhadap kemahiran berfikir pelajar tingkatan enam di Tawau. Kajian ini melibatkan 388 orang pelajar tingkatan enam daerah Tawau yang dipilih secara rawak sebagai...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Nasir Rayung, Abdul Said Ambotang, Normiati Batjo
Format: Article
Language:English
English
Published: Penerbit UMS 2023
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37269/1/ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37269/2/FULL%20TEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37269/
https://doi.org/10.51200/jpp.v11i1.4276
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Malaysia Sabah
Language: English
English
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk menentukan pengaruh langsung dan tidak langsung faktor pengetahuan, kemahiran aplikasi dan keupayaan imaginasi terhadap kemahiran berfikir pelajar tingkatan enam di Tawau. Kajian ini melibatkan 388 orang pelajar tingkatan enam daerah Tawau yang dipilih secara rawak sebagai sampel kajian. Instrumen kajian ini diubahsuai daripada Instrumen Kecerdasan Holistik (IKH) dan Instrumen Kemenjadian Pelajar (IKP). Analisis data kajian dijalankan menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) dan Structural Equation Modeling (SEM). Dapatan kajian menunjukkan terdapat pengaruh langsung yang signifikan antara keupayaan aplikasi pengetahuan dan keupayaan imaginasi terhadap kemahiran berfikir pelajar. Manakala faktor pengetahuan menunjukkan pengaruh langsung yang tidak signifikan kepada kemahiran berfikir pelajar. Walau bagaimanapun, faktor pengetahuan menunjukkan pengaruh tidak langsung yang signifikan terhadap kemahiran berfikir apabila digabungkan dengan keupayaan imaginasi. Dapatan kajian juga menunjukkan pembolehubah pengetahuan dan kemahiran aplikasi menyumbang 55 peratus kepada keupayaan imaginasi. Manakala ketiga-tiga variabel bebas ini menyumbang 34 peratus kepada kemahiran berfikir pelajar secara langsung dan tidak langsung. Implikasi kajian ini diharap dapat mengukuhkan teori dan amalan pengajaran dan pembelajaran untuk membantu meningkatkan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar.