Pengaruh Pengetahuan Pedagogi, Pengetahuan Kandungan dan Komitmen Guru Terhadap Kualiti Pengajaran

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh Pengetahuan Pedagogi, Pengetahuan Kandungan dan Komitmen Guru terhadap Kualiti Pengajaran Guru sekolah rendah di Sabah, Malaysia. Kajian mengaplikasikan kaedah tinjauan dengan menggabungkan teknik persampelan kebarangkalian berstrata, kluster dan ra...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Abdul Said Ambotang, Lena Anuar
Format: Article
Language:English
English
Published: Penerbit UMS 2023
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37270/1/ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37270/2/FULL%20TEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37270/
https://doi.org/10.51200/jpp.v11i1.4279
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Malaysia Sabah
Language: English
English
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh Pengetahuan Pedagogi, Pengetahuan Kandungan dan Komitmen Guru terhadap Kualiti Pengajaran Guru sekolah rendah di Sabah, Malaysia. Kajian mengaplikasikan kaedah tinjauan dengan menggabungkan teknik persampelan kebarangkalian berstrata, kluster dan rawak mudah. Berpandukan Jadual Krejcie dan Morgan, sampel ditetapkan sebanyak 500 orang. Data dikumpul menggunakan satu set borang soal selidik adaptasi. Analisis deskriptif menunjukkan semua variabel diamalkan pada tahap tinggi. Analisis Ujian-t menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi semua variabel berdasarkan jantina kecuali pengetahuan pedagogi. Analisis ANOVA sehala turut menunjukkan terdapat perbezaan signifikan bagi semua variabel berdasarkan pengalaman mengajar. Analisis Ujian-t menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi semua variabel berdasarkan lokasi bertugas kecuali variabel pengetahuan kandungan. Analisis ujian regresi menunjukkan kombinasi sumbangan variabel pengetahuan pedagogi, pengetahuan kandungan dan komitmen guru adalah sebanyak 73.8% (R 2= 0.738) terhadap kualiti pengajaran guru. Analisis SEM berjaya menunjukkan terdapat hubungan dan pengaruh secara langsung yang signifikan variabelvariabel bebas dengan variabel bersandar. Kajian menyumbangkan satu Model Kualiti Pengajaran Guru yang baharu dapat mengetengahkan pengetahuan pedagogi, pengetahuan kandungan dan komitmen guru bagi menghasilkan kualiti pengajaran guru. Kajian lanjut dicadangkan berhubung pengaruh pengetahuan pedagogi terhadap amalan kualiti pengajaran guru berdasarkan teori baharu seperti kepimpinan transformasi.