Teori kepimpinan transformasi menurut perspektif islam: Satu analisis

Teori kepimpinan transformasi Burn 1978, Bass 1985, Leithwood 1994 dan Slocum dan Hellriegel 2007 seringkali dijadikan sebagai indikator kepada seseorang pemimpin khususnya dalam landskap kepimpinan organisasi. Kepemimpinan transformasi dilihat sebagai sangat sesuai bagi menggantikan amalan kepemimp...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Saifulazry Mokhtar, Kasoma Thia, Romzi Ationg, Mohd Khairi Lebai Ahmad, Abd Hakim Mohad, Sabariah Abd Rahim
Format: Article
Language:English
English
Published: Global Academic Excellence 2023
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38141/1/ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38141/2/FULL%20TEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38141/
https://doi.org/10.35631/IJLGC.832022
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Malaysia Sabah
Language: English
English
Description
Summary:Teori kepimpinan transformasi Burn 1978, Bass 1985, Leithwood 1994 dan Slocum dan Hellriegel 2007 seringkali dijadikan sebagai indikator kepada seseorang pemimpin khususnya dalam landskap kepimpinan organisasi. Kepemimpinan transformasi dilihat sebagai sangat sesuai bagi menggantikan amalan kepemimpinan transaksi kerana ia dapat mengubah struktur organisasi mereka dari sistem kawalan berpusat, amalan kuasa hierarki yang mutlak, perbezaan status yang ketara di antara tahap-tahap autoriti serta proses membuat keputusan yang bersifat ‘top-down’ di mana pemimpin mempunyai kuasa mutlak membuat keputusan tanpa penglibatan subordinat. Kekerapan implementasinya dalam kepimpinan organisasi menarik minat pengkaji untuk melihat apakah teori kepimpinan transformasi ini selaras dengan tuntutan syarak? Justeru, kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk melihat teori kepimpinan transformasi menurut perspektif Islam sama ada ia bertepatan dengan kehendak syarak ataupun sebaliknya. Kajian ini menggunakan kaedah analisis dokumen di mana pengkaji merujuk kepada kajian literatur berkaitan dengan kepimpinan transformasi serta melihatnya menurut perspektif Islam dengan bertunjangkan kepada sumber rujukan utama dalam Islam iaitu al-Quran dan al-Sunnah. Hasil dapatan kajian menunjukkan teori kepimpinan transformasi seperti pertimbangan individu, kepimpinan berkarisma, motivasi berinspirasi dan rangsangan intelektual adalah bertepatan dengan kehendak Islam. Walau bagaimanapun, pemahaman dan penekanan teori kepimpinan ini tidaklah dikaitkan sepenuhnya dengan nilai-nilai keagamaan malah ia disandarkan kepada pengalaman dan buah fikiran pencipta asal teori kempimpinan tersebut. Kajian ini mengharapkan agar pengaplikasian teori kepimpinan transformasi perlulah disulami dengan kehendak syarak agar corak pentadbiran seseorang pemimpin itu mendapat keberkatan dan kerahmatan di dunia dan akhirat.