Nilai budaya dalam ritual kelahiran dan ritual kematian etnik banjar di Tawau, Sabah

Ritual merupakan tatacara dalam upacara yang diamalkan secara umumnya oleh semua masyarakat di dunia. Tesis yang menggunakan perspektif budaya Banjar ini mempunyai dua tujuan utama. Pertama, memahami amalan dalam proses pelaksanaan adat resam tradisional Banjar dalam ritual kelahiran dan ritual kema...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nursyafiqah Mahfudz
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2016
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38344/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38344/2/FULLTEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38344/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Malaysia Sabah
Language: English
English
Description
Summary:Ritual merupakan tatacara dalam upacara yang diamalkan secara umumnya oleh semua masyarakat di dunia. Tesis yang menggunakan perspektif budaya Banjar ini mempunyai dua tujuan utama. Pertama, memahami amalan dalam proses pelaksanaan adat resam tradisional Banjar dalam ritual kelahiran dan ritual kematian. Kedua, memahami nilai yang telah mendasari amalan-amalan dalam adat resam tradisional komuniti Banjar. Perbincangan ini diasaskan kepada kajian yang dilakukan di Kg. Jawa yang terletak di daerah Tawau, Sabah selama enam bulan pada tahun 2014 yang menggunakan kaedah temubual secara mendalam dengan menggunakan teknik 'snowball sampling' iaitu informan diminta untuk mencadangkan informan lain yang mempunyai maklumat untuk memenuhi objektif kajian iaitu seramai 10 orang informan yang terdiri daripada lelaki dan wanita Banjar telah dipilih. Selain daripada temubual secara mendalam, penyelidik juga turut menggunakan kaedah pemerhatian turut serta bersama dengan temubual informal bagi mendapatkan data yang lebih terperinci. Bagi pengutipan data sekunder pula, ianya melibatkan kajian perpustakaan dengan menggunakan sumber rujukan daripada mana-mana bahan bercetak ataupun bahan eletronik. Hasil daripada kajian ini mendapati terdapat beberapa nilai masyarakat Banjar seperti nilai menghormati, nilai bertanggungjawab, nilai memberi nasihat dan nilai menyayangi telah mempengaruhi amalan di dalam ritual-ritual yang mereka lakukan.