Kesan pendekatan isu sosiosaintifik berbantukan peta pemikiran roda terhadap sifat ingin tahu terhadap STEM dalam kalangan murid Tahun Lima

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji kesan pendekatan isu sosiosaintifik berbantukan peta pemikiran roda (PISPP) terhadap pemikiran sains keusahawanan dan konstruk Pemerhatian, Idea Baharu, Inovasi, Kreativiti, dan Nilai. Satu modul pengajaran dan pembelajaran dibina sebagai panduan kepada guru dala...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Jamilah Ahmad, Siew Nyet Moi @ Sopiah Abdullah
Format: Article
Language:English
English
Published: Global Academic Excellence 2023
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38463/1/ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38463/2/FULL%20TEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38463/
https://doi.org/10.35631/IJEPC.851001
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Malaysia Sabah
Language: English
English
Description
Summary:Kajian ini dijalankan untuk mengkaji kesan pendekatan isu sosiosaintifik berbantukan peta pemikiran roda (PISPP) terhadap pemikiran sains keusahawanan dan konstruk Pemerhatian, Idea Baharu, Inovasi, Kreativiti, dan Nilai. Satu modul pengajaran dan pembelajaran dibina sebagai panduan kepada guru dalam melaksanakan kaedah PISPP dalam meningkatkan pemikiran sains keusahawanan dalam kalangan murid Tahun Lima. Kajian kuantitatif berbentuk kuasi eksperimental dilaksanakan ke atas 345 murid Tahun Lima di sekolah rendah bandar di Tawau, Sabah. Sebanyak tiga kumpulan dibahagikan secara rawak iaitu i) Pendekatan Isu Sosiosaintifik Berbantukan Peta Pemikiran Roda (PISPP, n=115), ii) Pendekatan Isu Sosiosaintifik (PIS, n=115) dan iii) Kaedah Konvensional (KONV, n=115). Instrumen Ujian Pemikiran Sains Keusahawanan (UPSK) dibangunkan untuk mengukur tahap pemikiran sains keusahawanan. Data analisis dilaksanakan menggunakan MANCOVA, ANCOVA, dan Saiz Kesan. Hasil analisis MANCOVA menunjukkan terdapat kesan yang signifikan merentasi ketigatiga kumpulan kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi pemikiran sains keusahawanan. Sementara itu, hasil analisis ANCOVA telah menunjukkan terdapat kesan yang signifikan kaedah PISPP berbanding kaedah PIS dan KONV terhadap pemikiran sains keusahawanan, konstruk Pemerhatian, Idea Baharu, Inovasi, Kreativiti, dan Nilai. Kaedah PISPP menunjukkan min skor pascaujian lebih tinggi berbanding kaedah PIS, seterusnya min skor pascaujian PIS lebih tinggi secara signifikan berbanding kaedah KONV dalam kesemua konstruk yang dikaji kecuali konstruk Pemerhatian. Dapatan kajian ini membuktikan bahawa modul PISPP memberikan impak positif terhadap pemupukan pemikiran sains keusahawanan dalam kalangan murid Tahun Lima.