Menyingkap peranan pemimpin Persekutuan Tanah Melayu dalam menangani isu Singapura (1961-1963)
Selepas kemerdekaan, para pemimpin kerajaan Persekutuan Tanah Melayu telah memberikan perhatian ke arah merealisasikan gagasan Malaysia. Pemimpin kerajaan persekutuan ini diterajui oleh kepimpinan Tunku Abdul Rahman-Tun Abdul Razak. Idea gagasan ini melibatkan tiga wilayah, iaitu Persekutuan Tanah M...
Saved in:
Main Authors: | , , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English English |
Published: |
Global Academic Excellence
2023
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38596/1/ABSTRACT.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38596/2/FULL%20TEXT.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38596/ https://doi.org/10.35631/IJLGC.832017 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Malaysia Sabah |
Language: | English English |
Summary: | Selepas kemerdekaan, para pemimpin kerajaan Persekutuan Tanah Melayu telah memberikan perhatian ke arah merealisasikan gagasan Malaysia. Pemimpin kerajaan persekutuan ini diterajui oleh kepimpinan Tunku Abdul Rahman-Tun Abdul Razak. Idea gagasan ini melibatkan tiga wilayah, iaitu Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak. Namun begitu, usaha untuk merealisasikan gagasan tersebut menimbulkan beberapa isu yang perlu ditangani oleh para pemimpin kerajaan Persekutuan Tanah Melayu secara hikmah lagi bijaksana. Isu-isu yang berlaku turut melibatkan semua wilayah atau negeri yang terlibat, termasuk Singapura. Justeru, kertas kerja ini akan membincangkan peranan yang dimainkan oleh pemimpin kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dalam menangani isu Singapura dalam usaha meleraikan kemelut yang berlaku agar gagasan ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Pendekatan dalam kajian ini bersifat kualitatif dengan menggunakan disiplin ilmu sejarah dengan berasaskan sumber primer dan sekunder. Tempoh kajian bermula dari Mei 1961 hingga September 1963 kerana tempoh ini mempunyai signifikan yang begitu besar dalam usaha pembentukan Persekutuan Malaysia. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat beberapa isu berbangkit yang melibatkan Singapura seperti kepentingan strategik kolonial British, menangani ancaman Komunis, permasalahan politik dan komposisi kaum. Sungguhpun begitu, isu-isu yang dihadapi tersebut berjaya di atasi apabila Singapura menjadi sebahagian dari Persekutuan Malaysia yang diisytiharkan pada 16 September 1963. |
---|