Peranan Pemimpin Dalam Pembangunan Kurikulum Bahasa Kadazandusun (BKD)

Kajian sejarah bahasa etnik secara kualitatif ini bertujuan untuk menelusuri peranan pemimpin dalam pembangunan kurikulum Bahasa Kadazandusun (BKD) dari tahun 1995 hingga tahun 2011. Sejak BKD diperkenalkan sebagai bahasa ibunda dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah, pemimpin turut memainkan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Linah Bagu @ Siti Nurlina Abdullah, Wong, Jane Kon Ling
Format: Article
Language:English
English
Published: Penerbit UMS 2023
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38629/1/ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38629/2/FULL%20TEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38629/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Malaysia Sabah
Language: English
English
Description
Summary:Kajian sejarah bahasa etnik secara kualitatif ini bertujuan untuk menelusuri peranan pemimpin dalam pembangunan kurikulum Bahasa Kadazandusun (BKD) dari tahun 1995 hingga tahun 2011. Sejak BKD diperkenalkan sebagai bahasa ibunda dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah, pemimpin turut memainkan peranan penting dalam usaha membangunkan kurikulum BKD. Pemimpin dalam konteks kajian ini merujuk kepada pemimpin organisasi pendidikan yang terdiri daripada pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS), Pengarah Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) yang kini dikenali sebagai Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) dan Pengarah Institusi Pendidikan Guru (IPG). Pembangunan kurikulum BKD telah bermula di sekolah rendah selepas Parlimen meluluskan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran BKD di sekolah rendah pada tahun 1994. Berikutnya, satu mesyuarat Bahasa Kadazan telah diadakan pada 25 Januari 1995. Pembangunan kurikulum BKD di IPG pula bermula tahun 2011 secara berfasa iaitu fasa perancangan, fasa penggubalan dan fasa pemurnian. Penglibatan yang serius dan komited di kalangan pemimpin organisasi pendidikan yang terlibat dalam proses pembangunan kurikulum BKD telah mencorakkan naratif sejarah perkembangan BKD sebagai bahasa etnik warisan bangsa dalam arus perdana di Malaysia.