Penglibatan Komuniti Dalam Program Homestay Berasaskan Ekopelancongan Kajian Kes Kampung Pinagon Baru, Ulu Kulu, Tuaran, Sabah

Penulisan artikel ini adalah berasaskan penglibatan ahli komuniti dalam homestay berasaskan ekopelancongan di kampung Pinagon Baru Ulu Kiuli Tuaran Sabah. Pelaksanaan homestay di kampung Pinagon Baru Ulu Kiuli Tuaran Sabah merupakan salah satu pusat pelancongan untuk menarik pelancong dari dalam dan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Siti Rahmah Galib, Jalihah Md Shah
Format: Article
Language:English
English
Published: Penerbit UMS 2023
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38630/1/ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38630/2/FULL%20TEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38630/
https://doi.org/10.51200/jobsts.v9i1.4763
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Malaysia Sabah
Language: English
English
Description
Summary:Penulisan artikel ini adalah berasaskan penglibatan ahli komuniti dalam homestay berasaskan ekopelancongan di kampung Pinagon Baru Ulu Kiuli Tuaran Sabah. Pelaksanaan homestay di kampung Pinagon Baru Ulu Kiuli Tuaran Sabah merupakan salah satu pusat pelancongan untuk menarik pelancong dari dalam dan luar negara. Penglibatan ahli komuniti dalam homestay Ekopelancongan bukan sahaja dapat menjana pendapatan, malah dapat membuka peluang pekerjaan kepada komuniti terutama sekali kepada komuniti setempat. Secara umum, pelaksanaan homestay di kampung Pinagon Baru dapat menarik minat komuniti setempat untuk terlibat. Hal ini demikian kerana, penglibatan komuniti merupakan salah satu penyumbang kepada ekonomi negara. Oleh itu, dalam setiap pembangunan yang dilakukan memerlukan penglibatan komuniti secara holistik. Selain itu, kaedah yang digunakan dalam memperoleh data adalah kualitatif. Seterusnya, dalam dapatan kajian mendapati terdapat pelbagai faktor yang mendorong ahli komuniti untuk terlibat dalam homestay berasaskan ekopelancongan. Secara keseluruhan, penulisan artikel ini cuba untuk memahami tahap penglibatan ahli komuniti dalam homestay berasaskan ekopelancongan di kampung Pinagon Baru, Ulu Kiuli, Tuaran Sabah yang mempunyai tahap penglibatan komuniti yang sangat menyeluruh. Meskipun terdapat cabaran yang dihadapi namun perkara tersebut tidak menjadi halangan kepada pelaksanaan homestay di kampung Pinagon Baru Ulu Kiuli, Tuaran Sabah Dengan penglibatan dalam ekopelancongan, komuniti tempatan akan menerima faedah dari segi ekonomi dan sosial. Dalam aspek ekonomi, ekopelancongan akan meningkatkan peluang pekerjaan dan pendapatan masyarakat setempat. Melalui penglibatan komuniti dalam aktiviti pelancongan, komuniti tempatan akan menerima faedah dari segi ekonomi dan sosial.