Peranan media digital dalam dakwah kontemporari bagi membentuk kesepaduan nasional masyarakat di Malaysia

Seruan dakwah terhadap kehidupan bermasyarakat perlu dijalankan oleh setiap Muslim. Kaedah dan manhaj dakwah yang diaplikasi oleh seseorang Muslim itu perlulah menepati citarasa golongan Mad’u serta sesuai dengan perkembangan globalisasi kini. Pendekatan dakwah kontemporari perlu diketengahkan bagi...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Saifulazry Mokhtar, Kasoma Thia, Mohd Sohaimi Esa, Mohd Azri Ibrahim, Mohd Nasrun Mohd Talib
Format: Article
Language:English
English
Published: Global Academic Excellence 2023
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38703/1/ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38703/2/FULL%20TEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38703/
https://doi.org/10.35631/IJLGC.831004
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Malaysia Sabah
Language: English
English
Description
Summary:Seruan dakwah terhadap kehidupan bermasyarakat perlu dijalankan oleh setiap Muslim. Kaedah dan manhaj dakwah yang diaplikasi oleh seseorang Muslim itu perlulah menepati citarasa golongan Mad’u serta sesuai dengan perkembangan globalisasi kini. Pendekatan dakwah kontemporari perlu diketengahkan bagi mewujudkan hubungan baik dalam membentuk satu kesefahaman antara etnik, sesuai dengan masyarakat majmuk di Malaysia. Oleh itu, kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk melihat peranan media digital dalam menyatupadukan masyarakat pelbagai kaum untuk saling menerima pandangan dan buah fikiran masyarakat lain dalam sesuatu perkara. Selain itu, kajian ini juga turut melihat faktor-faktor yang menjadi kekangan kepada media kontemporari dalam membentuk kesepaduan n asional di Malaysia. Kajian ini menggunakan kaedah analisis dokumen iaitu melihat kajian-kajian lepas berkaitan dengan peranan media digital dan dakwah kontemporari dalam membentuk kesepaduan nasional masyarakat di Malaysia. Hasil kajian mendapati terdapat empat peranan media digital dalam dakwah kontemporari iaitu menjangkau bilangan pendengar yang lebih banyak, serampang dua mata dalam kalangan masyarakat, berkongsi dan bertukar pendapat dengan individu dari pelbagai latar belakang dan dakwah kontemporari mudah diterima oleh golongan saudara baharu. Dari aspek kekangan media digital dalam dakwah kontemporari pula, pengkaji menemui empat kekangan utama dalam membentuk kesepaduan nasional iaitu ketiadaan peranti dalam mengakses media massa, kurang pengetahuan dalam cara penggunaan teknologi, kandungan video yang terlalu bebas serta fakta agama yang salah dan tidak tepat. Oleh itu, pada pendakwah seharusnya menyiapkan diri terlebih dahulu sebelum menceburkan diri dalam kancah dakwah agar usaha dakwah yang dija lankan tersebut mencapai matlamat dengan jayanya.