Pengaruh keresahan perpisahan dan kesannya terhadap perkembangan sosial kanak-kanak di Selangor: Satu kajian tinjauan

Keresahan perpisahan merupakan perkara yang normal bagi kanak- kanak. Namun begitu, keresahan boleh menjadi keterlaluan sehingga mampu mengganggu kehidupan dan perkembangan kanak-kanak. Jika tidak diberi perhatian, ia boleh menjadi kecelaruan keresahan, dan menyebabkan kanak-kanak sukar untuk melalu...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Saturia Amiruddin, Norsyahida Mat Nazir, Nur Amira Natasha Rozlan, Nisa Dayana Sabarudin
Format: Article
Language:English
English
Published: Fakulti Bahasa dan Pendidikan, Universiti Islam Melaka 2023
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38726/1/ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38726/2/FULL%20TEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38726/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Malaysia Sabah
Language: English
English
Description
Summary:Keresahan perpisahan merupakan perkara yang normal bagi kanak- kanak. Namun begitu, keresahan boleh menjadi keterlaluan sehingga mampu mengganggu kehidupan dan perkembangan kanak-kanak. Jika tidak diberi perhatian, ia boleh menjadi kecelaruan keresahan, dan menyebabkan kanak-kanak sukar untuk melalui kehidupan mereka. objektif kajian ini adalah untuk meninjau keresahan perpisahan yang berlaku dalam kalangan kanak-kanak berumur 0 hingga 9 tahun di negeri Selangor. Selain itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji pengaruh faktor persekitaran terhadap keresahan perpisahan kanakkanak serta mengkaji hubungan antara keresahan perpisahan dan kesannya terhadap perkembangan sosial kanak-kanak. Pengkaji menggunakan kaedah kuantitatif dengan mengedarkan borang soal selidik terhadap seramai 288 orang responden dari kalangan ibu bapa yang mempunyai anak dalam lingkungan umur 0 hingga 9 tahun. Data dianalisis menggunakan (SPSS 25.0) melalui analisis deskriptif, regresi model linear dan ujian ANOVA sehala. Hasil dapatan seramai N=189 (66%) kanak-kanak yang berumur 0 hingga 9 tahun di negeri Selangor mengalami keresahan perpisahan. Selain itu, hasil dapatan regresi model linear menunjukkan faktor persekitaran tidak mempengaruhi keresahan perpisahan. Akhir sekali, melalui ujian ANOVA sehala terdapat perbezaan yang signifikan di antara kesan perkembangan sosial dan keresahan perpisahan dengan min keseluruhan, F(288)=3.27, p<.05.