Satu tinjauan seni persembahan dari pandemik ke pasca covid-19: Maya atau konvensional?

Pada 11 Mac 2020, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan bahawa penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) sebagai pandemik. Malaysia telah mengeluarkan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan secara berperingkat bermula 18 Mac 2020, diikuti dengan Perintah Kawalan Pergerak...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Elvin Dainal
Format: Article
Language:English
English
Published: Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan, UMS 2023
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38728/1/ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38728/2/FULL%20TEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38728/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Malaysia Sabah
Language: English
English
Description
Summary:Pada 11 Mac 2020, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan bahawa penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) sebagai pandemik. Malaysia telah mengeluarkan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan secara berperingkat bermula 18 Mac 2020, diikuti dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), dan Perintah Kawalan Diperketatkan (PKPD) di seluruh negara. Berikutan dengan arahan kawalan pergerakan ini, segala aktiviti sosial dan budaya termasuk industri kreatif secara konvensional dibatalkan serta-merta. Sepanjang tempoh pandemik ini, penggiat muzik di Sabah telah membuat inisiatif untuk berkarya secara maya atas talian. Persoalannya, apakah jenis persembahan muzik yang sesuai diinisiatifkan secara maya? Setelah dua tahun, pada 1 April 2022, kerajaan telah mengambil langkah untuk masuk ke Fasa Peralihan Endemik COVID-19. Ini bermaksud industri kreatif dibenarkan berkarya secara konvensional semula. Melihat kepada perubahan mekanisma ini, adakah persembahan muzik di Sabah masih relevan untuk dijalankan secara maya atau konvensional? Hasil pemerhatian menunjukkan bahawa ada aktiviti persembahan muzik yang masih relevan di pasca COVID-19, namun yang lainnya sudah kembali kepada konvensional.