Motif penglibatan dan corak orientasi matlamat terhadap kebimbangan pra-pertandingan sukan dalam kalangan pelajar atlet sekolah sukan Malaysia

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti motif penglibatan dan orientasi matlamat terhadap kebimbangan pra-pertandingan sukan pelajar atlet di Sekolah Sukan Malaysia (SSM). Seramai 294 orang pelajar atlet terlibat dalam kajian ini yang melibatkan dua buah sekolah sukan iaitu; Sekolah Sukan Bukit Ja...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Shukiman Sukardi
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2014
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38912/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38912/2/FULLTEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38912/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Malaysia Sabah
Language: English
English
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti motif penglibatan dan orientasi matlamat terhadap kebimbangan pra-pertandingan sukan pelajar atlet di Sekolah Sukan Malaysia (SSM). Seramai 294 orang pelajar atlet terlibat dalam kajian ini yang melibatkan dua buah sekolah sukan iaitu; Sekolah Sukan Bukit Jalil, Kuala Lumpur dan Sekolah Sukan Tengku Mahkota Ismail, Johor. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan deskriptif jenis tinjauan. Data yang diperolehi berdasarkan soal selidik. Tiga soal selidik yang telah digunakan iaitu Proggresive Motives Questionnaire (PMQ) oleh Gill, Gross & Huddlestone (1983), Task and Ego Orientation of Sport Questionnaire (TEOSQ) – Duda & Nicholls (1989) dan Competitive of Sport Anxiety Inventory-2 yang dimajukan oleh Marten, Vealey dan Burton (1990). Nilai kebolehpercayaan instrumen adalah PMQ (0.81), TEOSQ (0.82) dan CSAI-2 (0.76). Nilai kebolehpercayaan instrumen adalah tinggi dan sangat bertepatan dengan tujuan kajian ini. Semua data yang telah dikutip akan dianalisis berbantukan komputer dengan perisian Statistical Package Social Science 16- SPSS 16. Data kajian adalah bertaburan normal berdasarkan nilai skewness dan kurtosis dalam lingkungan -0.41 hingga 0.18. Data-data mentah telah dianalisis menggunakan analisis statistik inferensi seperti Ujian-t, ANOVA sehala, Korelasi pearson dan regresi pelbagai bagi menjawab soalan-soalan kajian. Dapatan kajian menunjukkan motif keseluruhan motif penglibatan pelajar atlet SSM adalah bermotif perkembangan kemahiran (M=4.73), corak orientasi matlamat tugasan (M=4.24) dan mempunyai tahap kebimbangan pra-pertandingan kognitif (M=2.42). Dapatan kajian juga mendapati terdapat hubungan positif yang lemah antara motif penglibatan dan orientasi matlamat terhadap kebimbangan pra-pertandingan (r=0.29, p=0.00). Namun, hanya motif penglibatan sahaja yang merupakan peramal utama terhadap tahap kebimbangan pra-pertandingan keseluruhan pelajar atlet SSM (ß=0.236, t(292)=5.22, p<0.05). Di akhir kajian, implikasi kajian terhadap teori-teori kajian dan praktikal turut dibincangkan secara menyeluruh. Disamping, turut mengemukakan cadangan-cadangan untuk kajian lanjutan.