Pengaruh interaksi air-batuan terhadap geokimia air bawah tanah dalam formasi belait di bahagian utara Pulau Labuan

Kawasan kajian terdiri dari Formasi Belait yang dicirikan oleh selang lapis antara batu pasir tebal, syal, konglomerat dan batu arang. Objektif utama kajian ialah untuk mengenalpasti proses geokimia serta pengaruh interaksi antara air dan batuan terhadap komposisi geokimia air bawah tanah. Kajian te...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Jaineh Lingi
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2017
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/39027/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/39027/2/FULLTEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/39027/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Malaysia Sabah
Language: English
English
Description
Summary:Kawasan kajian terdiri dari Formasi Belait yang dicirikan oleh selang lapis antara batu pasir tebal, syal, konglomerat dan batu arang. Objektif utama kajian ialah untuk mengenalpasti proses geokimia serta pengaruh interaksi antara air dan batuan terhadap komposisi geokimia air bawah tanah. Kajian telah dijalankan dengan membina empat buah piezometer untuk pengambilan sampel air bawah tanah di Bukit Minyak Gas, Kg. Ganggarak (KGBH1 dan KGBH2) dan di Bukit Kubong (BKBH1 dan BKBH2). Sampel air bawah tanah telah dikutip dari telaga piezometer dan air permukaan semasa musim kering dan musim hujan. Sampel batuan dan air telah dianalisis di makmal menggunakan Analisis Spektrofotometer Pancaran Plasma Gandingan Aruhan (ICP-OES). Kajian petrologi dan mineralogi telah dijalankan menggunakan kaedah keratan nipis, pembelauan sinar-X (XRD) dan mikroskop imbasan elektron (SEM). Keputusan analisis kimia telah dianalisa untuk menentukan proses geokimia yang mengawal komposisi geokimia air bawah tanah. Berdasarkan gambarajah Gibbs, geokimia air di BKBH1 dan BKBH2 adalah dikawal oleh proses peluluhawaan dan penghabluran yang menghasilkan mineral sekunder seperti pikeringit yang menghablur di atas permukaan batuan. Sementara itu, luluhawa batuan yang menghasilkan saliran batuan asid (ARD) mengawal komposisi kimia air bagi KGBH1, KGBH2 dan air permukaan (SW). Proses-proses ini meningkatkan kandungan ion-ion terlarut seperti SO42- , Fe3+, Mn2+, Ca2+ dan Mg2+; jumlah pepejal terlarut (TDS) dan keasidan air. Beberapa unsur surih seperti Zn2+, Ni2+ dan Pb2+ menunjukkan nilai yang tinggi dalam beberapa sampel air. Proses kimia lain yang dikenalpasti adalah pelarutan karbonat, pertukaran ion berbalik serta luluhawa batuan silikat. Gambarajah tri-linear (Piper) menunjukkan bahawa air bawah tanah di kawasan kajian dikelaskan sebagai fasis (SO42- + Cl-) dan (Ca2+ + Mg2+). Air bawah tanah di kawasan kajian mempunyai Indeks Pertukaran Bes (r1) dari jenis (Na+ - SO42-). Air bawah tanah dari KGBH1 dan KGBH2 mempunyai Indeks Genesis Meteorik, r2<1 manakala BKBH1 dan BKBH2, r2>2. Nilai ini menunjukkan bahawa air bawah tanah dari KGBH1 dan KGBH2 berasal dari penyusupan air meteorik pada kedalaman tinggi manakala BKBH1 dan BKBH2 berasal dari penyusupan cetek air meteorik. Secara amnya, kualiti air bawah tanah dikawal oleh beberapa faktor seperti geologi dan hidrogeokimia. Kehadiran saliran batuan asid (ARD) menyebabkan keasidan air yang tinggi iaitu di bawah nilai pH 5. Ini menyebabkan kadar keterlarutan Fe3+, Mn2+ serta unsur surih Ni2+ dan Pb2+ yang tinggi dan membawa kepada masalah semasa penapisan dan perawatan. Kandungan ion Ca2+, Mg2+, Fe3+, Mn2+ serta unsur surih Ni2+ dan Pb2+ dalam air bawah tanah adalah melebihi panduan yang ditetapkan oleh WHO (2011) sebagai air minuman. Air bawah tanah di kawasan ini kurang sesuai digunakan sebagai air minuman kecuali melalui proses penapisan dan rawatan yang sewajarnya.