Perbandingan pola dan motivasi pengunjung domestik ke destinasi agropelancongan Ranau dan Tenom, Sabah

Daerah Ranau dan Tenom terkenal dengan produk teh dan kopi sehingga menjadi salah satu destinasi tarikan agropelancongan yang popular di negeri Sabah. Namun, pembangunan destinasi agropelancongan perlu dititikberatkan dengan mengambil kira setiap aspek dalam pelancongan bagi memastikan destinasi ter...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Najwa Musain Musli @ Thomas
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2023
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/39124/1/24%20PAGES..pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/39124/2/FULLTEXT..pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/39124/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Malaysia Sabah
Language: English
English
Description
Summary:Daerah Ranau dan Tenom terkenal dengan produk teh dan kopi sehingga menjadi salah satu destinasi tarikan agropelancongan yang popular di negeri Sabah. Namun, pembangunan destinasi agropelancongan perlu dititikberatkan dengan mengambil kira setiap aspek dalam pelancongan bagi memastikan destinasi tersebut berdaya saing dan mencapai keuntungan kepada ekonomi negara. Salah satunya adalah dengan menitik beratkan pergerakan pengunjung domestik yang menjadi penyumbang kepada pembangunan pelancongan tempatan. Melalui kajian ini, terdapat tiga objektif yang digariskan iaitu (i) Mengenal pasti perbezaan kepelbagaian pola kunjungan pengunjung domestik ke agropelancongan teh di Ranau dan kopi di Tenom, Sabah; (ii) Meneliti keutamaan motivasi kunjungan Pengunjung domestik ketika berkunjung ke agropelancongan teh di Ranau dan kopi di Tenom, Sabah; (iii) Mencadangkan langkah-langkah strategi pemerkasaan dengan mengambil kira pola dan motivasi Pengunjung domestik yang dikaji agar lebih berdaya saing dalam pembangunan pelancongan Negeri Sabah. Kajian ini menggunakan pendekatan tinjauan dengan mengaplikasikan kaedah campuran. Seramai 152 orang responden untuk agropelancongan teh dan 133 orang responden bagi agropelancongan kopi yang terdiri dari Pengunjung domestik. Instrumen kajian yang digunakan adalah borang soal selidik bagi memperoleh data dari pengunjung domestik yang pernah berkunjung ke agropelancongan teh dan agropelancongan kopi. Data yang diperoleh daripada responden dianalisis menggunakan analisis kekerapan, peratusan, tematik, cross-tabbing, dikotomi berganda dan analisis verbatim menggunakan perisian SPSS dan turut dipersembahkan menggunakan perisian ArcMap. Hasil kajian menunjukkan pengunjung domestik yang ke agropelancongan teh cenderung melakukan pola kunjungan kompleks iaitu sebanyak 51% dan mempunyai motivasi kunjungan fleksibel iaitu 63.4%. Manakala, pengunjung domestik yang ke agropelancongan kopi pula melakukan pola kunjungan sehala iaitu, sebanyak 36.1% dan mempunyai motivasi kunjungan sambilan iaitu 35.3%. Kemudian, terdapat tiga aspek cadangan strategi oleh pengunjung domestik iaitu tiga kategori untuk isu perkhidmatan, dua kategori untuk prasarana dan infrastruktur serta tiga kategori untuk tarikan. Secara ringkasnya, agropelancongan teh dan agropelancongan kopi mampu bersaing dengan destinasi pelancongan lain terdapat di Negeri Sabah untuk menjadi destinasi agropelancongan yang berkualiti dengan identitinya sendiri. Oleh itu, dapatan kajian ini memberi impak untuk membantu pihak berkuasa dalam pembangunan tarikan destinasi agropelancongan dan penerimaan pelancong.