Faktor kejayaan dan cabaran pelaksanaan 2 years exit programme (2YEP) sebagai alat pembasmi kemiskinan di bahagian Kota Kinabalu, Sabah

Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat telah memperkenalkan 2 Years Exit Programme (2YEP) pada tahun 2014 sebagai exit policy dengan matlamat untuk meningkatkan pendapatan seterusnya mengeluarkan penerima bantuan dari kelompok golongan miskin. Program ini dilaksanakan melalui pend...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Joshua Anak Jalin
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2023
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/39130/1/24%20PAGES..pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/39130/2/FULLTEXT..pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/39130/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Malaysia Sabah
Language: English
English
Description
Summary:Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat telah memperkenalkan 2 Years Exit Programme (2YEP) pada tahun 2014 sebagai exit policy dengan matlamat untuk meningkatkan pendapatan seterusnya mengeluarkan penerima bantuan dari kelompok golongan miskin. Program ini dilaksanakan melalui pendekatan kebajikan produktif melalui konsep pemerkasaan agar klien berubah, berkeyakinan, berdikari dan berkemampuan menjana pendapatan sendiri. Pelaksanaan program ini di Sabah bermula pada tahun 2016. Namun begitu, keberkesananya dalam meningkatkan pendapatan isi rumah golongan miskin perlu diteliti. Hal ini kerana Sabah kekal sebagai negeri yang mempunyai jumlah penerima bantuan kewangan Jabatan Kebajikan Masyarakat antara yang terbanyak sejak 2010 hingga 2018. Selain itu, Sabah juga mencatat insiden kemiskinan tertinggi secara berturut-turut sejak 2007 hingga 2014. Senario ini seolah-olah menggambarkan bahawa program pembasmian kemiskinan yang dilaksanakan oleh kerajaan kurang mendatangkan hasil dalam meningkatkan taraf ekonomi golongan sasar. Kajian ini adalah untuk meneliti strategi pelaksanaan, menganalisis faktor-faktor kejayaan dan mengenal pasti cabaran yang dihadapi dalam pelaksanaan program ini di Sabah. Kawasan kajian adalah di Bahagian Kota Kinabalu, Sabah. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan data primer dikumpul oleh pengkaji melalui tiga kaedah iaitu; kaedah temu bual mendalam; perbincangan kumpulan fokus; dan kaedah pemerhatian tidak turut serta. Kajian ini juga turut menggunakan data sekunder seperti penelitian buku, jurnal, artikel dan tesis serta laporan rasmi yang diterbitkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. Hasil kajian ini menemukan bahawa 2 Years Exit Programme (2YEP) telah dirancang dengan penuh sistematik dan terperinci. Namun begitu, beberapa strategi pelaksanaannya seperti jumlah suntikan modal dan tempoh penilaian perlu diteliti semula oleh kerajaan. Kajian ini mendapati faktor kejayaan klien yang dominan adalah faktor sikap dan budaya yang positif. Selain itu, kajian ini menemukan cabaran dalam pelaksanaannya adalah; cabaran organisasi iaitu kekurangan kakitangan, beban kerja berlebihan, kekurangan peralatan pejabat dan pertindihan kuasa antara jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan; manakala, cabaran dalaman seperti pekerja kes kurang kemahiran dalam perniagaan; dan, cabaran luaran seperti kemudahan infrastruktur yang kurang baik.