Potensi eksplorasi batu arang di Pinangah, Sabah dan pengaruh terhadap alam sekitar

Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan sumber hasil bumi, namun ketidakcekapan dalam penggunaan tenaga dan sumber, ditambah lagi dengan pembangunan negara dan pemotoran yang pesat membangun, akan memberikan kesan kepada alam sekitar. Objektif kajian ini adalah untuk menganalisa dan mengen...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nightingale Lian Marto
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2011
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/39150/1/ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/39150/2/FULLTEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/39150/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Malaysia Sabah
Language: English
English
Description
Summary:Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan sumber hasil bumi, namun ketidakcekapan dalam penggunaan tenaga dan sumber, ditambah lagi dengan pembangunan negara dan pemotoran yang pesat membangun, akan memberikan kesan kepada alam sekitar. Objektif kajian ini adalah untuk menganalisa dan mengenalpasti kandungan dalam sumber batu arang di kawasan Pinangah seperti kelembapan, abu, peruapan, nilai kalori, jumlah sulfur, jumlah unsur karbon, nitrogen dan hidrogen yang terdapat dalam batu arang di kawasan Pinangah. Arang batu di kawasan Pinangah ini terdapat dalam Formasi Parameter ini digunakan untuk mengenalpasti potensi sumber ini untuk dieksplorasi dan diekstrak. Kajian ini juga membincangkan ramalan potensi kesan dan pengaruh eksplorasi kawasan yang berpotensi ini terhadap sekitaran. Data daripada 37 sampel telah diambil dan analisis yang dibuat melibatkan analisis proximate dan analisis ultimate. Daripada analisis, didapati batu arang yang ditemui di kawasan Pinangah ini tergolong di dalam kelas “high volatile A to C bituminous (hvAb to hvCb)”. Batu arang ini dicirikan oleh kandungan sulfur rendah, abu rendah, peruapan tinggi dan kandungan nitrogen rendah. Kawasan batu arang di Pinangah merupakan satu kawasan yang berpotensi untuk di ekstrak dan ramalan terhadap potensi masalah alam sekitar utama telah dijangkakan seperti seperti hakisan tanah dan tanah runtuh, pencemaran air, pencemaran udara, penghasilan sisa, impak kepada ekologi dan impak sosio ekonomi.