Peranan Yang Di-Pertuan Agong Dalam Pentadbiran Islam di Malaysia

Kajian ini membahaskan mengenai Peranan Yang di-Pertuan Agong dalam pentadbiran Islam di Malaysia. Kedaulatan bagi sesebuah negara terletaknya pada khalifah yang memelihara dan menjaga rakyat berlandaskan syariat Islam. Selepas negara Malaysia telah mencapai Kemerdekaan, wujudnya Perlembagaan Malays...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Fatin Nur Hanisah Binti Mohd Wazir, Mohd Nur Hidayat Hasbollah Hajimin
Format: Proceedings
Language:English
English
Published: Fakulti Pengajian Islam, Universiti Malaysia Sabah 2023
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/39359/1/ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/39359/2/FULL%20TEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/39359/
https://www.ums.edu.my/fis/index.php/conferences/seapis
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Malaysia Sabah
Language: English
English
Description
Summary:Kajian ini membahaskan mengenai Peranan Yang di-Pertuan Agong dalam pentadbiran Islam di Malaysia. Kedaulatan bagi sesebuah negara terletaknya pada khalifah yang memelihara dan menjaga rakyat berlandaskan syariat Islam. Selepas negara Malaysia telah mencapai Kemerdekaan, wujudnya Perlembagaan Malaysia atau Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menjadikan negara Malaysia sebagai sebuah negara yang Demokrasi di sertai dengan adanya sistem Raja Berperlembagaan di mana melibatkan YDPA sebagai ketua pemerintah yang tertinggitermasuklah menjadi ketua dari antara sembilan Raja-Raja Melayu yang ada di setiap negeri dalam tempoh lima tahun. Peranan YDPA ini amat besar tanggungjawabnya sebagai payung negara dalam menjaga keselamatan, keamanan sekaligus mewujudkan perpaduan antara masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia. Jawatan YDPA di ibaratkan sebagai wakil Allah SWT dalam menyampaikan agama-Nya yang sebenar kepada rakyat di bawah takluknya selain YDPA ini penting sebagai pemerintah terbesar di Malaysia. Tujuan kertas kerja ini dijalankan untuk membincangkan secara terperinci mengenai peranan YDPA dalam pentadbiran Islam di Malaysia. Kajian ini ingin menjawab kepentingan YDPA sebagai ketua negara dalam pentadbiran Islam di Malaysia dan memahami peranan YDPA sebagai ketua negara dalam pentadbiran Islam di Malaysia menurut perspektif Islam. Kajian ini telah menggunakan kaedah kualitatif dengan merujuk kepada literatur-literatur terdahulu di mana data-data yang diperoleh melalui bahan bercetak atau digital supaya kelihatan lebih sistematik. Malah, kaedah analisis data juga digunakan secara deskriptif dan data-data yang di peroleh akan di susun secara tematik. Selain itu, kaedah kepustakaan juga turut digunakan bagi mendapatkan keteranganketerangan maklumat secara mendalam berkait rapat dengan tajuk kajian yang dilaksanakan. Hasil daripada kajian ini mendapati peranan YDPA ini sangat penting sebagai ketua agama Islam untuk memelihara kesucian agama Islam yang merupakan agama rasmi negara Malaysia.