Analisis dan fasies dan diagenesis batu pasir formasi Sandakan, Sandakan, Sabah

Penilaian fasies jujukan batuan Formasi Sandakan dilakukan untuk mengemaskini sekitaran endapan dan kesan diagenesis terhadap batuan. Terdapat sebelas fasies yang dicirikan dalam Formasi Sandakan. Fasies-fasies ini dibentuk daripada pengelasan unit batuan yang terdapat dalam Formasi Sandakan. Empat...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Fauziah Hanis Hood
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2015
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/39436/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/39436/2/FULLTEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/39436/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Malaysia Sabah
Language: English
English
Description
Summary:Penilaian fasies jujukan batuan Formasi Sandakan dilakukan untuk mengemaskini sekitaran endapan dan kesan diagenesis terhadap batuan. Terdapat sebelas fasies yang dicirikan dalam Formasi Sandakan. Fasies-fasies ini dibentuk daripada pengelasan unit batuan yang terdapat dalam Formasi Sandakan. Empat unit batuan beragilit dicirikan, iaitu batu lumpur membentuk unit batu lumpur dengan fosil tumbuhan berkayu (Fasies LMK), batu lumpur tebal dengan fosil moluska (Fasies LMF), batu lumpur dengan pasir berlodak (Fasies LMS) dan batu lumpur dengan lenda arang (Fasies LMC). Tujuh unit batuan berarenit ditentukan berdasarkan kepada julat batu pasir yang tinggi berbanding batu lumpur dan batu lodak. Unit batuan ini terdiri daripada unit batu pasir berlapisan silang dengan batu lumpur nipis (Fasies SSX); selang lapis batu pasir dan batu lumpur biokacau (Fasies SSB); batu pasir tebal dengan lapisan silang swaley bersama batu lumpur nipis (Fasies SSW); palung batu pasir berlapisan silang dengan batu lumpur tebal (Fasies SSP); batu pasir nipis dengan lapisan silang hummocky (Fasies SSH); batuan heterolitik (Fasies SSE) dan selang lapis laminasi halus batu lumpur dan batu pasir (Fasies SSM). Berdasarkan kepada analisis yang dilakukan, empat asosiasi fasies terbentuk iaitu asosiasi fasies I, II, III, dan IV yang masing-masing mencirikan sekitaran pesisir belakang, pesisir hadapan, muka pesisir dan pelantar dalam yang dipengaruhi oleh aktiviti ribut. Formasi Sandakan ditafsirkan sebagai endapan pesisir laut yang tertimbus pada kedalaman cetek semasa peristiwa regresi dan berakhir semasa Pliosen. Ini membuktikan bahawa Formasi Sandakan membentuk satu jujukan regresi endapan muka pesisir maraan hadapan yang lengkap pada sekitaran laut cetek.