Sudawil : Analisis dari aspek makna

Sudawil adalah puisi lisan Kadazandusun yang semakin dilupakan. Untuk mengelak sudawil lenyap daripada ingatan pendukungnya, maka kajian ini dilakukan untuk meneliti makna sudawil daripada dimensi linguistik dan budaya masyarakat Kadazandusun yang ditonjolkan melalui aspek makna denotatif, konotatif...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Julita @ Norjietta Taisin
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2014
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40574/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40574/2/FULLTEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40574/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Malaysia Sabah
Language: English
English
Description
Summary:Sudawil adalah puisi lisan Kadazandusun yang semakin dilupakan. Untuk mengelak sudawil lenyap daripada ingatan pendukungnya, maka kajian ini dilakukan untuk meneliti makna sudawil daripada dimensi linguistik dan budaya masyarakat Kadazandusun yang ditonjolkan melalui aspek makna denotatif, konotatif dan fungsi kohesi. Dengan mengaplikasikan pendekatan Teori Analisis Komponen Makna oleh Katz (1972) elemen-elemen sinonim, metafora dan kohesi telah membuktikan bahawa sudawil mampu mengungkap makna yang luas. Pengumpulan data pula dilakukan dengan menggunakan kaedah pemerhatian, temu bual dan rujukan pustaka. Secara keseluruhan, kajian ini berhasil mengungkap tiga tafsiran makna. Pertama, wujudnya padanan makna perkataan-perkataan tertentu dalam ungkapan sudawil. Kedua, penggunaan unsur metafora mampu mewujudkan pelbagai makna untuk mengekalkan interaksi sosial berlandaskan adat dan budaya masyarakat penggunanya. Ketiga, unsur kohesi no mempengaruhi ungkapan wacana bermakna kerana ia memberi penegasan maklumat dengan berkesan. Kombinasi ketiga-tiga elemen tersebut telah membuktikan bahawa sudawil merupakan tradisi lisan yang menyimpan nilai dan norma kehidupan masyarakatnya dan sudawil seharusnya dipertahankan oleh generasi muda sebagai tradisi hidup yang masih bersesuaian pada zaman moden.