Penjabaran Konsep Wilayah Dan Kelautan Mengikut Pensejarahan Asia Dan Barat: Sebelum Hingga Selepas Tahun 1600
Elemen wilayah dan kelautan secara tidak langsung telah mendasari pemahaman mengenai unsur kedaulatan sebuah negara. Dalam pensejarahan Asia dan Barat, wilayah dan kelautan mempunyai pemahaman serta penerapan yang berbeza. Pencerakinan fenomena ini dapat dinilai seawal zaman tradisional Asia Tenggar...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English English |
Published: |
Penerbit UMS
2023
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40580/1/ABSTRACT.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40580/2/FULL%20TEXT.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40580/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Malaysia Sabah |
Language: | English English |
Summary: | Elemen wilayah dan kelautan secara tidak langsung telah mendasari pemahaman mengenai unsur kedaulatan sebuah negara. Dalam pensejarahan Asia dan Barat, wilayah dan kelautan mempunyai pemahaman serta penerapan yang berbeza. Pencerakinan fenomena ini dapat dinilai seawal zaman tradisional Asia Tenggara yang dipengaruhi unsur Hindu-Buddha, Islam dan China tradisional hingga penglibatan kuasa Barat. Oleh itu, kajian ini akan mencuraikan perbezaan konsep wilayah dan kelautan mengikut pensejarahan Asia dan Barat dalam tempoh sebelum dan selepas tahun 1600. Objektif yang ingin dicapai ialah, membincangkan elemen yang wujud dalam menjelaskan konsep wilayah dan kelautan Asia Tenggara serta sistem yang membentuk hubungan antarabangsa tradisional; akhir sekali, menjelaskan konsep wilayah dan kelautan selepas kedatangan kuasa Barat yang memunculkan pelbagai istilah perundangan serta sistem mengenai wilayah dan kelautan. Pendekatan yang digunakan adalah melalui kaedah kualitatif iaitu mengumpul dan menganalisis sumber sekunder. Kajian mendapati bahawa, perbezaan konsep wilayah dan kelautan mengikut pensejarahan Asia dan Barat memberi kesan terhadap pemahaman aspek persempadanan dan kedaulatan sebuah negara. Ironinya, manifestasi penganutan mengikut dogma Barat mengakibatkan berlakunya kontradiksi memahami konsep wilayah dan kelautan pada era kontemporari. |
---|