Persepsi Guru Prasekolah Terhadap Aplikasi Modul Dunia Haiwan di Sabah dalam Pembelajaran Kanak-Kanak Prasekolah

Modul dunia haiwan merupakan satu pendekatan pembelajaran untuk kanak-kanak prasekolah agar dapat menambahkan lagi pemahaman dan pengetahuan mereka mengenai haiwan endemik yang terdapat di Sabah. Tujuan kajian ini dijalankan ialah untuk mendapatkan persepsi guru prasekolah terhadap aplikasi modul du...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nur Suhaidah Sukor, Nur Nabila Natalia Mahat, Nurazidawati Mohamad Arsad
Format: Article
Language:English
English
Published: Asian Scholars Network 2024
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40684/1/ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40684/2/FULL%20TEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40684/
https://doi.org/10.55057/ijares.2024.6.1.53
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Malaysia Sabah
Language: English
English
Description
Summary:Modul dunia haiwan merupakan satu pendekatan pembelajaran untuk kanak-kanak prasekolah agar dapat menambahkan lagi pemahaman dan pengetahuan mereka mengenai haiwan endemik yang terdapat di Sabah. Tujuan kajian ini dijalankan ialah untuk mendapatkan persepsi guru prasekolah terhadap aplikasi modul dunia haiwan bagi kanak-kanak prasekolah berumur 5 hingga 6 tahun. Seramai 30 orang guru prasekolah selaku responden yang berada di kawasan Kota Kinabalu, Sabah telah terlibat dalam kajian ini. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif. Reka bentuk kajian yang digunakan ialah kajian berbentuk kajian tinjauan dan pengumpulan data dibuat dengan menggunakan borang soal selidik. Kajian ini mengandungi empat komponen dengan jumlah keseluruhan item ialah 18 item soalan yang menggunakan skala likert 1-5. Dapatan kajian menunjukkan komponen penglibatan aktif mencatatkan nilai min tertinggi dengan skor nilai min (M=4.29, SP=.646) manakala komponen penerapan nilai murni mencatatkan nilai skor min yang terendah iaitu (M= 4.07, SP=.794). Hasil kajian juga mendapati bahawa semua responden memberikan persepsi yang baik terhadap modul dunia haiwan bagi kanak-kanak 5 hingga 6 tahun. Majoriti guru prasekolah juga bersetuju bahawa ianya merupakan satu pendekatan yang baik bagi mendedahkan haiwan endemik kepada kanak-kanak.