Aplikasi GIS dalam corak pelakuan jenayah dan lokasi sekolah menengah di Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah
Geographic Information System (GIS) merupakan satu ontologi dan epistemologi ilmu yang boleh digunakan dalam kajian yang melibatkan dimensi ruangan. GIS dilihat dapat digunakan untuk membuat kajian dalam pelbagai bidang antaranya ialah bidang jenayah. Sehubungan dengan itu, pengkajian dan penelitian...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English |
Published: |
2020
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40986/2/24%20PAGES.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40986/1/FULLTEXT.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40986/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Malaysia Sabah |
Language: | English English |
id |
my.ums.eprints.40986 |
---|---|
record_format |
eprints |
institution |
Universiti Malaysia Sabah |
building |
UMS Library |
collection |
Institutional Repository |
continent |
Asia |
country |
Malaysia |
content_provider |
Universiti Malaysia Sabah |
content_source |
UMS Institutional Repository |
url_provider |
http://eprints.ums.edu.my/ |
language |
English English |
topic |
HV7935-8025 Administration and organization |
spellingShingle |
HV7935-8025 Administration and organization Lizalin Anak Kalang Aplikasi GIS dalam corak pelakuan jenayah dan lokasi sekolah menengah di Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah |
description |
Geographic Information System (GIS) merupakan satu ontologi dan epistemologi ilmu yang boleh digunakan dalam kajian yang melibatkan dimensi ruangan. GIS dilihat dapat digunakan untuk membuat kajian dalam pelbagai bidang antaranya ialah bidang jenayah. Sehubungan dengan itu, pengkajian dan penelitian terhadap masalah jenayah menggunakan GIS pada masa kini masih lagi kurang penerapan. Maka, berhubung dengan masalah ini, kajian ini dijalankan dengan bertujuan untuk memetakan jenayah dalam ruang menggunakan aplikasi GIS. Jenayah merupakan fenomena negatif yang bertentangan dengan norma, etika,dan nilai yang terdapat dalam sesebuah masyarakat. Jenayah yang paling kerap berlaku di bandar ialah jenayah harta benda dan kekerasan. Peningkatan pelakuan jenayah tersebut di kawasan bandar telah menyebabkan kawasan sekolah di bandar turut terkena tempiasnya. Peningkatan pelakuan jenayah di luar kawasan sekolah boleh menjejaskan keselamatan pelajar. Oleh itu kajian ini mengetengahkan kajian jenayah harta benda dan kekerasan di kawasan tumpuan sekolah-sekolah. Terdapat tiga objektif dalam kajian ini iaitu membangunkan pangkalan data jenayah yang utama berlaku di kawasan bandaraya Kota Kinabalu menggunakan GIS, menjalankan analisis GIS bagi menentukan corak pelakuan jenayah dalam kawasan tumpuan sekolah-sekolah di bandaraya Kota Kinabalu dan mengenalpasti langkah-langkah yang sesuai sebagai kawalan terhadap pelakuan jenayah di kawasan tumpuan sekolah-sekolah di bandaraya Kota Kinabalu. Kajian ini menggunakan data statistik jenayah harta benda dan kekerasan Kata Kinabalu bagi tahun 2018 yang telah diperoleh daripada Ibu Pejabat Palis Daerah (IPD) Kata Kinabalu. Data tersebut dimasukkan dalam perisian GIS dan seterusnya dianalisis menggunakan dua jenis analisis iaitu analisis corak dan analisis jarak. Analisis corak terdiri daripada teknik analisis Purata Kejiranan Terdekat (ANN), Densiti Kernel, Sisihan Piawaian Elips (SDE) dan pertindanan (overlay) secara persilangan manakala analisis jarak terdiri daripada teknik analisis penimbalan (buffer). Hasil kajian yang diperolehi merupakan peta corak densiti dan sebaran jenayah harta benda dan kekerasan. Berdasarkan peta corak densiti tersebut, didapati corak densiti tinggi jenayah harta benda terdapat di zon Kota Kinabalu manakala bagi jenayah kekerasan pula terdapat di dua zon iaitu Kota Kinabalu dan Signal Hill. Didapati tiada sekolah yang berada dalam kawasan corak densiti tinggi kedua-dua jenayah tersebut. Bagi corak sebaran pula, pertindihan sebaran kedua-kedua jenayah tersebut didapati berorientasi di tiga zon iaitu Kata Kinabalu, Signal Hill dan Sembulan. Didapati tiada sekolah yang berada dalam lingkungan kawasan pertindihan kedua-dua jenayah itu di kawasan tersebut. Walaubagaimanapun, bagi kawasan pertindihan keseluruhan sebaran semua jenayah harta benda didapati lapan buah sekolah yang berada dalam lingkungan kawasan itu seperti SM Lok Yuk Likas, SMK Shan Tao Likas, SM Teknik Likas, SMK Likas, SMK Perempuan Likas, SM Konven ST Francis, SM Tshung Tsin dan SM Kian Kok. Kajian ini menyumbang kepada bidang pemetaan jenayah dengan menggunakan analisis GIS yang pelbagai. Selain itu, hasil kajian ini dapat membantu pihak-pihak yang terlibat seperti pihak polis, pihak sekolah dan pihak perancang bandar untuk mengatasi pelakuan jenayah yang semakin meningkat di bandar dan semestinya di kawasan tumpuan sekolah-sekolah yang turut terkesan dengan hal tersebut. Di samping itu, kajian ini juga memberi peringatan kepada orang ramai supaya sentiasa menjaga keselamatan terutamanya berada di kawasan yang menjadi tumpuan jenayah. |
format |
Thesis |
author |
Lizalin Anak Kalang |
author_facet |
Lizalin Anak Kalang |
author_sort |
Lizalin Anak Kalang |
title |
Aplikasi GIS dalam corak pelakuan jenayah dan lokasi sekolah menengah di Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah |
title_short |
Aplikasi GIS dalam corak pelakuan jenayah dan lokasi sekolah menengah di Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah |
title_full |
Aplikasi GIS dalam corak pelakuan jenayah dan lokasi sekolah menengah di Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah |
title_fullStr |
Aplikasi GIS dalam corak pelakuan jenayah dan lokasi sekolah menengah di Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah |
title_full_unstemmed |
Aplikasi GIS dalam corak pelakuan jenayah dan lokasi sekolah menengah di Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah |
title_sort |
aplikasi gis dalam corak pelakuan jenayah dan lokasi sekolah menengah di bandaraya kota kinabalu, sabah |
publishDate |
2020 |
url |
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40986/2/24%20PAGES.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40986/1/FULLTEXT.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40986/ |
_version_ |
1811684137130524672 |
spelling |
my.ums.eprints.409862024-09-13T02:01:36Z https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40986/ Aplikasi GIS dalam corak pelakuan jenayah dan lokasi sekolah menengah di Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah Lizalin Anak Kalang HV7935-8025 Administration and organization Geographic Information System (GIS) merupakan satu ontologi dan epistemologi ilmu yang boleh digunakan dalam kajian yang melibatkan dimensi ruangan. GIS dilihat dapat digunakan untuk membuat kajian dalam pelbagai bidang antaranya ialah bidang jenayah. Sehubungan dengan itu, pengkajian dan penelitian terhadap masalah jenayah menggunakan GIS pada masa kini masih lagi kurang penerapan. Maka, berhubung dengan masalah ini, kajian ini dijalankan dengan bertujuan untuk memetakan jenayah dalam ruang menggunakan aplikasi GIS. Jenayah merupakan fenomena negatif yang bertentangan dengan norma, etika,dan nilai yang terdapat dalam sesebuah masyarakat. Jenayah yang paling kerap berlaku di bandar ialah jenayah harta benda dan kekerasan. Peningkatan pelakuan jenayah tersebut di kawasan bandar telah menyebabkan kawasan sekolah di bandar turut terkena tempiasnya. Peningkatan pelakuan jenayah di luar kawasan sekolah boleh menjejaskan keselamatan pelajar. Oleh itu kajian ini mengetengahkan kajian jenayah harta benda dan kekerasan di kawasan tumpuan sekolah-sekolah. Terdapat tiga objektif dalam kajian ini iaitu membangunkan pangkalan data jenayah yang utama berlaku di kawasan bandaraya Kota Kinabalu menggunakan GIS, menjalankan analisis GIS bagi menentukan corak pelakuan jenayah dalam kawasan tumpuan sekolah-sekolah di bandaraya Kota Kinabalu dan mengenalpasti langkah-langkah yang sesuai sebagai kawalan terhadap pelakuan jenayah di kawasan tumpuan sekolah-sekolah di bandaraya Kota Kinabalu. Kajian ini menggunakan data statistik jenayah harta benda dan kekerasan Kata Kinabalu bagi tahun 2018 yang telah diperoleh daripada Ibu Pejabat Palis Daerah (IPD) Kata Kinabalu. Data tersebut dimasukkan dalam perisian GIS dan seterusnya dianalisis menggunakan dua jenis analisis iaitu analisis corak dan analisis jarak. Analisis corak terdiri daripada teknik analisis Purata Kejiranan Terdekat (ANN), Densiti Kernel, Sisihan Piawaian Elips (SDE) dan pertindanan (overlay) secara persilangan manakala analisis jarak terdiri daripada teknik analisis penimbalan (buffer). Hasil kajian yang diperolehi merupakan peta corak densiti dan sebaran jenayah harta benda dan kekerasan. Berdasarkan peta corak densiti tersebut, didapati corak densiti tinggi jenayah harta benda terdapat di zon Kota Kinabalu manakala bagi jenayah kekerasan pula terdapat di dua zon iaitu Kota Kinabalu dan Signal Hill. Didapati tiada sekolah yang berada dalam kawasan corak densiti tinggi kedua-dua jenayah tersebut. Bagi corak sebaran pula, pertindihan sebaran kedua-kedua jenayah tersebut didapati berorientasi di tiga zon iaitu Kata Kinabalu, Signal Hill dan Sembulan. Didapati tiada sekolah yang berada dalam lingkungan kawasan pertindihan kedua-dua jenayah itu di kawasan tersebut. Walaubagaimanapun, bagi kawasan pertindihan keseluruhan sebaran semua jenayah harta benda didapati lapan buah sekolah yang berada dalam lingkungan kawasan itu seperti SM Lok Yuk Likas, SMK Shan Tao Likas, SM Teknik Likas, SMK Likas, SMK Perempuan Likas, SM Konven ST Francis, SM Tshung Tsin dan SM Kian Kok. Kajian ini menyumbang kepada bidang pemetaan jenayah dengan menggunakan analisis GIS yang pelbagai. Selain itu, hasil kajian ini dapat membantu pihak-pihak yang terlibat seperti pihak polis, pihak sekolah dan pihak perancang bandar untuk mengatasi pelakuan jenayah yang semakin meningkat di bandar dan semestinya di kawasan tumpuan sekolah-sekolah yang turut terkesan dengan hal tersebut. Di samping itu, kajian ini juga memberi peringatan kepada orang ramai supaya sentiasa menjaga keselamatan terutamanya berada di kawasan yang menjadi tumpuan jenayah. 2020 Thesis NonPeerReviewed text en https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40986/2/24%20PAGES.pdf text en https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40986/1/FULLTEXT.pdf Lizalin Anak Kalang (2020) Aplikasi GIS dalam corak pelakuan jenayah dan lokasi sekolah menengah di Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah. |