Kebergantungan dan penglibatan pekerja asing terhadap pengkulturan rumpai laut: Kajian kes di Semporna, Sabah
Industri rumpai laut merupakan industri yang semakin mendapat perhatian bukan sahaja dalam kalangan masyarakat tempatan tetapi juga dunia. Menyedari bahawa industri pengkulturan rumpai laut mendapat permintaan yang tinggi, justeru industri ini sangat memerlukan tenaga kerja yang ramai untuk mengusah...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English |
Published: |
2022
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40987/1/24%20PAGES.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40987/2/FULLTEXT.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40987/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Malaysia Sabah |
Language: | English English |
Summary: | Industri rumpai laut merupakan industri yang semakin mendapat perhatian bukan sahaja dalam kalangan masyarakat tempatan tetapi juga dunia. Menyedari bahawa industri pengkulturan rumpai laut mendapat permintaan yang tinggi, justeru industri ini sangat memerlukan tenaga kerja yang ramai untuk mengusahakan industri ini agar terus berkembang pesat di mata dunia. Oleh yang demikian, didapati bahawa tenaga kerja asing sangat diperlukan dalam industri ini kerana pekerja tempatan kurang minat dalam mengisi kekosongan disebabkan pekerja tempatan tidak berani untuk menanggung cabaran kerana pekerjaan sebagai pengkultur rumpai laut dikenali sebagai 3D (dirty, difficult dan dangerous). Tujuan umum penyelidikan ini adalah ingin melihat sejauh manakah penglibatan pekerja asing dalam industri rumpai laut. Reka bentuk penyelidikan ini adalah berasaskan kepada pendekatan kualitatif. Kaedah kutipan data yang digunakan seperti tinjauan dengan menggunakan temu bual mendalam dan temu bual semi struktur, pengamatan langsung dan data dari sumber dokumen. Kajian ini dilakukan di dua pulau iaitu Pulau Bumbum dan Pulau Sebangkat yang melibatkan 25 informan dan 125 orang responden. Hasil kajian mendapati bahawa komuniti tempatan dan syarikat mengiktiraf penglibatan tenaga buruh asing kerana kemahiran tradisi yang dimiliki oleh mereka dari temurun-temurun lagi selain daripada keperluan yang mendesak dalam industri pengkulturan rumpai laut itu sendiri disebabkan oleh kekurangan tenaga kerja. Implikasi penemuan kajian ini adalah berkaitan dengan polisi pengambilan pekerja asing di sektor rumpai laut yang perlu digubal semula dan ditambah baik untuk mengiktiraf peranan pekerja asing yang berdaftar secara sah di sektor pengkulturan rumpai laut di Sabah. |
---|