Kajian awal program pemerkasaan pekerjaan untuk golongan orang kurang upaya penglihatan oleh pertubuhan bukan kerajaan di Sabah

Kajian ini adalah bertujuan untuk meneroka program pemerkasaan pekerjaan untuk golongan Orang Kurang Upaya (OKU) penglihatan yang dikelolakan oleh pertubuhan bukan kerajaan di Sabah. Pendekatan kajian ini adalah kualitatif dengan menggunakan kaedah kajian kes. Pengumpulan data menggunakan temubual s...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Norhamidah Jarimal @ Safri, Habibie Ibrahim, Sabariah Sharif, Balan Rathakrishnan, Rosy Talin, Joanne Lee Soon Ee, Ainur Amira Jopion
Format: Article
Language:English
English
Published: Southeast Asia Psychology Journal 2024
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40991/1/ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40991/2/FULL%20TEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40991/
https://doi.org/10.51200/sapj.v12i1.5071
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Malaysia Sabah
Language: English
English
Description
Summary:Kajian ini adalah bertujuan untuk meneroka program pemerkasaan pekerjaan untuk golongan Orang Kurang Upaya (OKU) penglihatan yang dikelolakan oleh pertubuhan bukan kerajaan di Sabah. Pendekatan kajian ini adalah kualitatif dengan menggunakan kaedah kajian kes. Pengumpulan data menggunakan temubual secara mendalam dengan menggunakan panduan soalan berbentuk semi struktur, pemerhatian dan sumber dokumen. Peserta kajian terdiri daripada pengelola pertubuhan bukan kerajaan dan OKU penglihatan di Sandakan dan Kota Kinabalu. Peserta OKU penglihatan adalah mereka yang menyertai program pemerkasaan yang dikelolakan oleh pertubuhan bukan kerajaan. Data dianalisis menggunakan analisis tematik oleh Braun dan Clarke (2006). Di Sabah, organisasi pertubuhan bukan kerajaan disokong penuh oleh kerajaan negeri di bawah penyelarasan Majlis Perkhidmatan Masyarakat Sabah (MPMS). Dana kerajaan negeri melalui MPMS disalurkan kepada pertubuhan bukan kerajaan sebagai sokongan dalam menyediakan program bersesuaian untuk pemerkasaan golongan OKU di Sabah. Hasil kajian mendapati terdapat tiga tema yang terhasil iaitu i) Memberikan kemahiran dan peluang pekerjaan; ii) Peningkatan keyakinan diri; dan iii) Persekitaran yang kurang menerima kehadiran OKU. Diharapkan agar agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan yang mewakili kepentingan OKU dapat menggembeleng tenaga untuk menyediakan program berkesan berdasarkan tiga tema yang terhasil selaras dengan dasar OKU agar golongan ini dapat menikmati hak, peluang dan akses secara saksama, inklusif dalam masyarakat dan memperkasakan ekonomi OKU penglihatan