Pendekatan berasaskan sosio-saintifik berbantukan peta pemikiran masa hadapan terhadap lima konstruk pemikiran masa hadapan pelajar

Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji kesan pengintergrasian Pendekatan Berasaskan Sosio-Saintifik Berbantukan Peta Pemikiran Masa Hadapan (P2S2PMH) ke atas lima konstruk pemikiran masa hadapan iaitu i) memahami situasi semasa, ii) mengenalpasti trend, iii) menganalisis pemacu yang relevan, iv) me...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohammad Syafiq Abd Rahman
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2020
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41206/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41206/2/FULLTEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41206/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Malaysia Sabah
Language: English
English
Description
Summary:Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji kesan pengintergrasian Pendekatan Berasaskan Sosio-Saintifik Berbantukan Peta Pemikiran Masa Hadapan (P2S2PMH) ke atas lima konstruk pemikiran masa hadapan iaitu i) memahami situasi semasa, ii) mengenalpasti trend, iii) menganalisis pemacu yang relevan, iv) mensintesis kemungkinan atau keperluan masa hadapan dan v) memilih dengan justifikasi masa hadapan yang diinginkan. Satu modul pengajaran dibina dan digunakan sebagai panduan kepada guru dalam melaksanakan kaedah P2S2PMH terhadap lima konstruk pemikiran masa hadapan. Kajian berbentuk kuasi eksperimental telah dilaksanakan ke atas 255 pelajar Tingkatan Empat yang mengambil mata pelajaran Sains kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia. Sebanyak tiga kumpulan dibahagikan menggunakan teknik persampelan bertujuan iaitu kaedah i) Kaedah Berasaskan Sosio-Saintifik Berbantukan Peta Pemikiran Masa Hadapan (P2S2PMH, n=85), ii) Kaedah Sosio-Saintifik (PSS-placebo, n=85) dan iii) Kaedah Tradisional (TRD, n=85). Instrumen Ujian Pemikiran Masa Hadapan (UPMH) pra dan pasca dibangun dan digunakan bagi mengukur tahap pemikiran masa hadapan di awal dan di akhir intervensi. Temu bual dijalankan ke atas enam pelajar dalam kumpulan P2S2PMH untuk mendapatkan pandangan pelajar mengenai proses pemupukan pemikiran masa hadapan yang menjalani kaedah ini. Analisis data kuantitatif dilaksanakan menggunakan MANCOVA, ANCOVA dan Saiz Kesan (SK) sementara analisis tematik bagi dapatan temu bual. Hasil analisis MANCOVA telah menunjukkan terdapat kesan yang signifkan secara statistik merentasi ketiga-tiga kumpulan kaedah pengajaran [F (2, 247) = 60.90, p<0.01]. Sementara itu, hasil analisis ANCOVA telah menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan secara statisitik kaedah P2S2PMH berbanding kaedah PSS dan TRD terhadap lima konstruk pemikiran masa hadapan i) memahami situasi semasa [F (2, 251)= 186.6, p<0.01], ii) mengenalpasti trend [F (2, 251)= 287.36, p<0.01], iii) menganalisis pemacu yang relevan [F (2, 251)= 469.29), p<0.01], iv) mensintesis kemungkinan atau keperluan masa hadapan F (2, 251)= 196.13, p<0.01] dan v) memilih dengan justifikasi masa hadapan yang diinginkan [F (2, 251)= 279.12, p<0.01]. Kaedah P2S2PMH menunjukkan min skor pasca lebih tinggi dan ukuran saiz kesan yang lebih besar berbanding kaedah PSS dan TRD, manakala kaedah PSS turut menunjukkan min skor yang lebih tinggi dan ukuran saiz kesan yang lebih besar berbanding kaedah TRD di kelima-lima konstruk pemikiran masa hadapan. Hasil dapatan temu bual menunjukkan subjek kajian bersetuju kaedah P2S2PMH yang didasari oleh isu dan aspek sosio-saintifik mempengaruhi penglibatan, penghujahan dan penjanaan idea-idea di dalam bilik darjah. Di samping itu, pengintergrasian peta pemikiran membantu subjek memahami dan mengaitkan idea-idea hasil daripada perbincangan kumpulan kecil ke peringkat yang lebih kompleks sekaligus meningkatkan penguasaan pemikiran masa hadapan. Dapatan kajian ini membuktikan bahawa kaedah dan modul P2S2PMH memberikan implikasi positif terhadap pemupukan pemikiran masa hadapan. Penemuan ini dapat membantu Kementerian Pendidikan Malaysia dalam melahirkan komuniti pelajar yang berfikir ke hadapan sesuai dengan Pendidikan Abad ke-21 dan agenda nasional.