Toponim kepulauan Laut China Selatan: Satu pemerhatian awal mengenai istilahnya dalam sumber sejarah
Laut China Selatan (LCS) mencakupi ruang wilayah daratan serta kelautan beberapa negara pesisir di Asia Tenggara seperti Malaysia, Vietnam, Filipina dan Brunei. Berdasarkan susur masa era tradisional hingga moden, istilah LCS ini secara rasmi digunakan sebelum tempoh Perang Dunia Kedua (PDII). Sebel...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English English |
Published: |
Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan, UMS
2023
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41542/1/ABSTRACT.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41542/2/FULL%20TEXT.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41542/ https://doi.org/10.51200/ejk.v29i.2457 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Malaysia Sabah |
Language: | English English |
Summary: | Laut China Selatan (LCS) mencakupi ruang wilayah daratan serta kelautan beberapa negara pesisir di Asia Tenggara seperti Malaysia, Vietnam, Filipina dan Brunei. Berdasarkan susur masa era tradisional hingga moden, istilah LCS ini secara rasmi digunakan sebelum tempoh Perang Dunia Kedua (PDII). Sebelumnya, LCS yang dikenali pada era moden menggunakan istilah pelbagai merujuk kepada sumber sejarah Barat, China dan Tempatan. Kedinamikan ini merupakan satu elemen yang penting untuk menerangkan sejarah LCS secara komprehensif dan tidak terikat dengan satu perspektif atau sumber sahaja. Antara objektif yang ingin dicapai melalui makalah ini adalah, menjelaskan tentang penggunaan istilah atau toponim LCS berdasarkan sumber Barat, China dan Tempatan. Kedua, menganalisa faktor dan hujah tertentu penggunaan istilah LCS sebagai pencerahan terhadap sejarah LCS dan hubung kaitnya dengan kuasa tradisional China dan Barat. Kajian ini disempurnakan dengan menggunakan kaedah kualitatif iaitu mengumpul dan menganalisis sumber primer serta sekunder melalui peta-peta awal dan laporan. Kajian mendapati bahawa, pelayaran dan perdagangan secara langsung dan tidak langsung telah mempengaruhi penggunaan istilah LCS berdasarkan sumber sejarah yang pelbagai. Walau bagaimanapun, istilah ini tidak mempunyai hubung kait dengan isu ‘pemilikan’ kuasa-kuasa tertentu di rantau Asia. Kajian lanjut berdasarkan manuskrip tradisional dari sumber Tempatan, Arab, China dan Barat perlu diperluaskan dan diseimbangkan dengan sumber asing yang lain seperti Taiwan dan Jepun bagi memperkaya kefahaman mengenai istilah atau toponim LCS. |
---|