Revolusi Pdp Abad Ke-21: analisis kecekapan teknologi Guru Pendidikan Islam dalam konteks Sirah Dan Tamadun Islam
Pengintegrasian teknologi dalam pengajaran merupakan satu keperluan penting bagi menyesuaikan pendidikan dengan keperluan murid masa kini. Namun, kajian sedia ada menunjukkan bahawa integrasi teknologi dalam Pendidikan Islam, terutamanya bidang Sirah dan Tamadun Islam, menghadapi cabaran disebabkan...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English English |
Published: |
Global Academic Excellence
2024
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41591/1/ABSTRACT.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41591/2/FULL%20TEXT.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41591/ https://doi.org/10.35631/IJMTSS.727002 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Malaysia Sabah |
Language: | English English |
Summary: | Pengintegrasian teknologi dalam pengajaran merupakan satu keperluan penting bagi menyesuaikan pendidikan dengan keperluan murid masa kini. Namun, kajian sedia ada menunjukkan bahawa integrasi teknologi dalam Pendidikan Islam, terutamanya bidang Sirah dan Tamadun Islam, menghadapi cabaran disebabkan kurang pendedahan dan kemahiran guru. Menyedari jurang ini, kajian ini dijalankan untuk menilai tahap pengetahuan teknologi guru Pendidikan Islam dalam PdP Sirah dan Tamadun Islam serta perbezaannya berdasarkan aspek pengalaman mengajar. Kajian kuantitatif ini menggunakan reka bentuk tinjauan, melibatkan 266 guru Pendidikan Islam di sekolah menengah harian Sabah yang dipilih melalui pensampelan pelbagai peringkat. Instrumen kajian ialah soal selidik 5-skala Likert yang disahkan kesahan dan kebolehpercayaannya. Dapatan menunjukkan bahawa tahap pengetahuan teknologi guru secara keseluruhan berada pada tahap sederhana tinggi (min=3.84, S.P=0.68). Analisis ANOVA pula mendapati tiada perbezaan signifikan skor pengetahuan teknologi antara kumpulan pengalaman mengajar (F=0.057, p=0.945). Implikasinya, walaupun literasi digital asas guru adalah memuaskan, jurang pengetahuan dalam kemahiran reka bentuk bahan pengajaran multimedia interaktif perlu ditangani segera bagi memastikan pengintegrasian teknologi dapat dilakukan secara optimum. Program intervensi khusus perlu disediakan kepada setiap kumpulan guru tanpa mengira pengalaman agar jurang pengetahuan dapat ditangani pada setiap peringkat secara berkesan. |
---|