Pengaruh pengetahuan teknologi pedagogi kandungan (ptpk) terhadap amalan kreativiti guru Pendidikan Islam dalam bidang Sirah dan Tamadun Islam
Pendidikan Islam di Malaysia memainkan peranan penting dalam membentuk akhlak, identiti agama dan budaya masyarakat. Walaupun begitu, pengajaran bidang Sirah dan Tamadun Islam kerap berdepan dengan pelbagai permasalahan terutamanya dalam mengintegrasikan unsur teknologi dan amalan kreativiti pengaja...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English English |
Published: |
Quantum Academic
2024
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41600/1/ABSTRACT.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41600/2/FULL%20TEXT.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41600/ https://doi.org/10.55197/qjssh.v5i1.331 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Malaysia Sabah |
Language: | English English |
Summary: | Pendidikan Islam di Malaysia memainkan peranan penting dalam membentuk akhlak, identiti agama dan budaya masyarakat. Walaupun begitu, pengajaran bidang Sirah dan Tamadun Islam kerap berdepan dengan pelbagai permasalahan terutamanya dalam mengintegrasikan unsur teknologi dan amalan kreativiti pengajaran. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis pengaruh Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan (PTPK) terhadap amalan kreativiti pengajaran dalam kalangan guru Pendidikan Islam khususnya dalam konteks pengajaran Sirah dan Tamadun Islam. Melalui analisis kritis, kajian ini membincangkan tentang kepentingan mengintegrasikan unsur teknologi, pedagogi dan kandungan ke dalam aktiviti pengajaran bagi meningkatkan amalan kreativiti pengajaran. Ia menekankan keperluan untuk meningkatkan kompetensi PTPK dalam kalangan guru Pendidikan Islam agar mereka mampu menghasilkan bahan pengajaran yang interaktif dan menarik serta merancang aktiviti pembelajaran yang bermakna dan menyeronokkan. Hasil kajian menunjukkan bahawa guru yang menguasai PTPK cenderung untuk menghasilkan pengajaran yang lebih kreatif dan inovatif. Perkara ini secara langsung mempengaruhi tahap pemahaman dan minat para pelajar terhadap bidang Sirah dan Tamadun Islam. Kertas konsep ini memberi pandangan baharu dalam usaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan Islam dengan menekankan kepentingan PTPK dalam pengajaran dan pembelajaran Sirah serta Tamadun Islam. Ia merupakan langkah strategik dalam mempersiapkan para pelajar menghadapi cabaran pada abad ke-21 di samping melahirkan generasi yang mempunyai pengetahuan luas dan kreatif dalam penghayatan ajaran Islam. |
---|