Signifikan kerjasama kebahasaan antara Malaysia dan Indonesia pada tahun 1959 dalam pengukuhan bahasa kebangsaan

Kertas kerja ini membincangkan signifikan kerjasama kebahasaan antara Malaysia dan Indonesia pada tahun 1959 dalam pengukuhan bahasa kebangsaan di negara ini. Pada 31 Ogos 1957, semenanjung Malaysia atau ketika itu Persekutuan Tanah Melayu (PTM) telah mencapai kemerdekaan. Selaras dengan itu, dalam...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Sharifah Darmia Sharif Adam
Format: Proceedings
Language:English
English
Published: Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa,Universiti Malaysia Sabah 2022
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41686/1/ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41686/2/FULL%20TEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41686/
https://oer.ums.edu.my/handle/oer_source_files/2231
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Malaysia Sabah
Language: English
English
Description
Summary:Kertas kerja ini membincangkan signifikan kerjasama kebahasaan antara Malaysia dan Indonesia pada tahun 1959 dalam pengukuhan bahasa kebangsaan di negara ini. Pada 31 Ogos 1957, semenanjung Malaysia atau ketika itu Persekutuan Tanah Melayu (PTM) telah mencapai kemerdekaan. Selaras dengan itu, dalam Perkara 152 (1) Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah ditetapkan bahawa bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan bagi PTM. Namun, sebagai sebuah negara yang baru mendapat kebebasan daripada belenggu pentadbiran penjajah British dan ditambah dengan kepelbagaian etnik masyarakatnya menyebabkan pelbagai usaha dilakukan untuk mengukuhkan kedudukan bahasa Melayu dalam pelbagai bidang. Antara langkah penting yang diambil oleh kerajaan adalah melaksanakan kerjasama kebahasaan dengan Indonesia. Namun, persoalannya adalah mengapakah walaupun selepas mencapai kemerdekaan pengunaan dan tahap penguasaan bahasa Melayu dalam pelbagai bidang masih berada di tahap yang rendah. Oleh itu, kajian ini akan merungkai sejauhmanakah signifikan kerjasama kebahasaan antara Malaysia dan Indonesia pada tahun 1959 itu dapat mengukuhkan lagi kedudukan bahasa kebangsaan. Kajian kertas kerja ini menggunakan pendekatan analisis kualitatif, menggunakan kaedah kajian arkib dan kajian perpustakaan iaitu dengan menganalisis pelbagai sumber primer dan sekunder seperti akhbar, majalah, buku dan artikel untuk memperoleh sumber maklumat kajian. Kajian ini akan menghasilkan satu analisis yang dapat memberi kefahaman yang lebih jelas tentang peranan kerjasama kebahasaan khususnya dengan negara jiran iaitu Indonesia terhadap pengukuhan bahasa kebangsaan di negara ini. Pengenalpastian impak kerjasama kebahasaan dan cabaran yang dihadapi akan membolehkan perancangan strategi yang dapat mengukuhkan lagi bahasa kebangsaan di Malaysia.