Kajian penilaian prestasi akademik pelajar Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia

Kajian ini merupakan hasil keputusan Mesyuarat Percambahan Fikiran Mengenai KUKUM Sebagai Pilihan Utama Calon Pelajar yang dipengerusikan oleh Y. Bhg. Prof. Dato' Rektor bahawa satu penyelidikan perlu dijalankan untuk menilai prestasi akademik pelajar berdasarkan data-data sekunder sebenar yang...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Mizan, Mohammad Aslam, Abdull Halim, Abdul, Mohd Zukime, Mat Junoh, Faaizulaswad, Mohd Salleh, Osman, Ahmad, Ruzalina, Ibnu Ruslan, Rahaida, Abdul Rahim
Format: Working Paper
Language:other
Published: Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia (KUKUM) 2009
Subjects:
Online Access:http://dspace.unimap.edu.my/xmlui/handle/123456789/6432
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Malaysia Perlis
Language: other
Description
Summary:Kajian ini merupakan hasil keputusan Mesyuarat Percambahan Fikiran Mengenai KUKUM Sebagai Pilihan Utama Calon Pelajar yang dipengerusikan oleh Y. Bhg. Prof. Dato' Rektor bahawa satu penyelidikan perlu dijalankan untuk menilai prestasi akademik pelajar berdasarkan data-data sekunder sebenar yang diperolehi daripada rekod kemasukan pelajar-pelajar KUKUM melalui Unit Kemasukan dan Rekod dan Unit Pepehksaan Jabatan Pendaftar Prestasi ini akan diniiai melalui tiga (3) pembolehubah utama yang melibatkan kemasukan pelajar melalui Matrikulasi, STPM dan Diploma. Selain itu, kajian inijuga mengambil kira kesan kemasukan pelajar terhadap prestasi akademik semasa menerusi pilihan pertama, kedua, ketiga dan lelong. Teknik pemilihan secara rawak sistematik telah digunakan dalam kajian ini bagi mendapatkan sampel kajian sebanyak 407 orang pelajar iaitu lebih 20% daripada populasi kajian. Hasil kajian ini mendapati prestasi pelajar melalui kemasukan secara lelong menunjukkan keputusan lebih baik berbanding kemasukan secara pilihan pertama, kedua dan ketiga. Secara keseluruhannya, keputusan prestasi akademik bagi kategori PNGK 3.33 ke atas, pelajar Cina (53.33%) lebih baik berbanding India (10.34%) dan Bumiputera (2.20%). Di samping itu, dapatan kajian prestasi akademik pelajar berdasarkan gender menunjukkan bahawa pelajar perempuan (70.73%-dengan PNGK 2.67 ke atas ) adalah lebih baik berbanding pelajar lelaki (47.74%-dengan PNGK 2.67 ke atas).