Kearifan Tradisi Seni Parang Ilang Dalam Budaya Masyarakat Iban Di Sarawak
Penyelidikan ini memfokuskan kearifan tradisi seni parang Ilang dalam budaya masyarakat Iban di Sarawak. Penyelidikan ini dilakukan berdasarkan kepada kegemilangan seni parang Ilang yang didasari kepada adat dan budaya masyarakat Iban dahulu sehingga kini. Ia dikupas berdasarkan kepada peradaban mas...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
UNIMAS
2024
|
Subjects: | |
Online Access: | http://ir.unimas.my/id/eprint/45425/3/DSVA_Adilawati%20Asri.pdf http://ir.unimas.my/id/eprint/45425/4/Thesis%20PhD_Adilawati%20Asri%20-%2024%20pages.pdf http://ir.unimas.my/id/eprint/45425/8/Adilawati%20Asri%20ft.pdf http://ir.unimas.my/id/eprint/45425/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Malaysia Sarawak |
Language: | English English English |
Summary: | Penyelidikan ini memfokuskan kearifan tradisi seni parang Ilang dalam budaya masyarakat Iban di Sarawak. Penyelidikan ini dilakukan berdasarkan kepada kegemilangan seni parang Ilang yang didasari kepada adat dan budaya masyarakat Iban dahulu sehingga kini. Ia dikupas berdasarkan kepada peradaban masyarakat Iban, kesenian dan kebudayaan yang menjadi mercu tanda keagungan dan kegemilangan dalam menzahirkan ketamadunan mereka di Sarawak. Seni parang Ilang adalah merupakan perlambangan dan citra identiti budaya masyarakat Iban dalam bentuk intelektual dan aspirasi melalui kearifan tradisi yang diwarisi secara bergenerasi bagi mewujudkan manifestasi kebudayaan, kesenian dan amalan kepercayaan mereka. Seni parang Ilang yang disimpan dan dimiliki oleh masyarakat Iban mempunyai nilai yang sangat signifikan sehingga diklasifikasikan sebagai warisan dan pusaka. Walau bagaimanapun, pelbagai faktor telah mengubah corak kebudayaan dan kesenian masyarakat Iban semasa era kolonialisiasi. Tambahan pula, pembangunan moden serta arus globalisasi yang melanda kehidupan masyarakat Iban memperlihatkan ketidakupayaan terhadap mempertahankan kearifan tradisi terhadap seni parang Ilang yang dicipta dan diperolehi secara tradisi. Justeru itu, penyelidikan ini bertujuan untuk melestarikan dan seterusnya melegasikan kearifan tradisi seni parang Ilang dalam budaya masyarakat Iban di Sarawak. Penyelidikan ini berbentuk kepada etnografi yang memfokuskan kepada kearifan tradisi yang terdapat pada seni parang Ilang dalam budaya masyarakat Iban. Penyelidikan ini mengaplikasikan pendekatan kualitatif yang menggunakan proses pengumpulan data daripada kajian kerja lapangan, pemerhatian biasa, pemerhatian turut serta, dokumentasi, analisis dokumen dan temu bual pihak informan. Hasil daripada penyelidikan akan berupaya menciptakan sebuah model kearifan tradisi pada seni parang Ilang dalam budaya masyarakat Iban. Tujuannya adalah untuk mewujudkan nilai-nilai ilmu pengetahuan, kesenian, estetika dan budaya yang diperlihatkan pada penciptaan seni parang Ilang dalam masyarakat Iban. Keseluruhannya, penyelidikan ini juga berupaya untuk melestarikan kearifan tradisi pada seni parang Ilang agar terus dijadikan sebagai legasi kesenian dan kebudayaan dalam generasi masyarakat Iban pada masa hadapan. |
---|