Amalan Perubatan Tradisional Masyarakat Melayu Sarawak
Masyarakat Melayu Sarawak yang merupakan etnik ketiga terbesar di Sarawak kaya dengan khazanah sumber warisan dan budaya. Antaranya ialah amalan-amalan kebudayaannya yang terserlah namun kurang diketahui oleh generasi muda hari ini. Akibat modenisasi dan arus globalisasi amalan budaya tradisional ya...
Saved in:
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | E-Article |
Language: | English |
Published: |
Elsevier Ltd.
2014
|
Subjects: | |
Online Access: | http://ir.unimas.my/id/eprint/17648/1/Amalan%20perubatan%20tradisional%20masyarakat%20Melayu%20Sarawak%20%28abstract%29.pdf http://ir.unimas.my/id/eprint/17648/ http://www.sciencedirect.com/science/article/pii/S1877042814031644 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Malaysia Sarawak |
Language: | English |
Summary: | Masyarakat Melayu Sarawak yang merupakan etnik ketiga terbesar di Sarawak kaya dengan khazanah sumber warisan dan budaya. Antaranya ialah amalan-amalan kebudayaannya yang terserlah namun kurang diketahui oleh generasi muda hari ini. Akibat modenisasi dan arus globalisasi amalan budaya tradisional yang diamalkan oleh golongan tua dalam masyarakat Melayu Sarawak yang semakin kurang dipraktikkan mahupun diketahui oleh generasi muda. Justeru, kajian ini akan menampung kelompangan ini, iaitu bertujuan untuk mendokumentasikan amalan-amalan perubatan tradisional seperti ‘beconteng’, ‘bepaus’, ‘bekebo’, ‘besembor’, dan sebagainya yang sering diamalkan oleh generasi lama masyarakat Melayu Sarawak apabila menangani masalah-masalah ringan berkaitan kesihatan seharian mereka. Kajian ini menggunakan kaedah kaji selidik, temu bual dan rakaman di lapangan. Antara lain kajian ini juga akan mengupas aspek nilai dan pandangan mengenai kepentingan melestarikan amalan ini, khususnya daripada perspektif informan kajian dan budaya Melayu Sarawak. Pendokumentasian ini dilihat penting bagi memastikan keunikan ritual atau amalan perubatan ini direkod dan disimpan untuk memelihara khazanah keunikan masyarakat Melayu Sarawak. |
---|