Penggunaan Media Sosial Dikalangan Perpustakaan Politeknik Malaysia: Tinjauan Ringkas Di Politeknik Terpilih

Internet telah merubah senario landskap dunia hari ini. Sejak diperkenalkan dengan masyarakat dunia pelbagai keterujaan telah terjadi. Tinjauan ini diadaptasi melalui Kajian Taylor & Francis pada tahun 2014 ke atas pustakawan di Amerika Syarikat, India dan United Kingdom berkaitan dengan med...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Sani, Bin Kiprawi, Sabrina, Binti Milan, Syahrul Nizam, Bin Junaini
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2018
Subjects:
Online Access:http://ir.unimas.my/id/eprint/20877/1/PENGGUNAAN%20MEDIA%20SOSIAL%20DIKALANGAN%20PERPUSTAKAAN%20POLITEKNIK%20MALAYSIA%20%3B%20TINJAUAN%20RINGKAS%20DI%20POLITEKNIK%20TERPILIH%20%20-%20%28abstrak%29.pdf
http://ir.unimas.my/id/eprint/20877/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Malaysia Sarawak
Language: English
Description
Summary:Internet telah merubah senario landskap dunia hari ini. Sejak diperkenalkan dengan masyarakat dunia pelbagai keterujaan telah terjadi. Tinjauan ini diadaptasi melalui Kajian Taylor & Francis pada tahun 2014 ke atas pustakawan di Amerika Syarikat, India dan United Kingdom berkaitan dengan media sosial. Politeknik Malaysia merupakan institusi latihan teknikal dan vokasional dimulai dengan penubuhan Politeknik Ungku Omar pada tahun 1969. Tinjauan ringkas ini dilakukan ke atas 14 buah politeknik di Malaysia. Tinjaun mendapati tujuh buah Politeknik tidak mempunyai portal sendiri untuk mengaplikasikan penggunaan media sosial yang sudah menjadi sebahagian hidup masyarakat. Perpustakaan Politeknik menggunakan pelbagai saluran media sosial yang utama seperti Facebook, Instagram, twitter, ResearchGate, Academic.edu dan sebagainya. Selain itu didapati Politeknik Malaysia ada yang tidak mempunyai akaun media sosial untuk menggunakan kemudahan media sosial untuk mempromosi pelbagai aktiviti bagi menarik minat pengunjung. Bagi melancarkan atau memperkemaskan lagi penggunaan media sosial, Perpustakaan Politeknik mempunyai pengendali untuk mengurus media sosial yang digunakan. Perbincangan menumpukan aspek internet dan gajet yang sangat penting disamping kepentingan menyesuaikan teknologi secara kreatif dan inovatif oleh pustakawan. Media sosial merupakan satu peluang kepada perpustakaan untuk mendekatkan diri dengan masyarakat. Mempromosi perpustakaan menjadi sangat mudah melalui media sosial. Rumusan tinjauan mendapati masih ada perpustakaan Politeknik Malaysia tidak mengadaptasi media sosial dalam perkhidmatan perpustakaan. Kajian lanjut perlu dilaksanakan untuk melihat berkaitan aspek media sosial di perpustakaan Politeknik Malaysia. Media sosial telah menjadi sebahagian kehidupan masyarakat, malah media sosial berupaya menjenamakan perpustakaan untuk kekal relavan.