Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan Guru Sains Sekolah Menengah

Perkembangan teknologi mampu membawa perubahan yang ketara tentang cara sains diajar dan dipelajari. Teknologi menawarkan peluang meneroka fenomena semula jadi yang mungkin sukar atau mustahil untuk dilihat serta membolehkan murid melaksanakan eksperimen yang sukar, terlalu mahal dan berbahaya untuk...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Akun, Joshua Caseley
Format: Thesis
Language:English
Published: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) 2019
Subjects:
Online Access:http://ir.unimas.my/id/eprint/25162/2/Joshua%20Caseley%20ft.pdf
http://ir.unimas.my/id/eprint/25162/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Malaysia Sarawak
Language: English
Description
Summary:Perkembangan teknologi mampu membawa perubahan yang ketara tentang cara sains diajar dan dipelajari. Teknologi menawarkan peluang meneroka fenomena semula jadi yang mungkin sukar atau mustahil untuk dilihat serta membolehkan murid melaksanakan eksperimen yang sukar, terlalu mahal dan berbahaya untuk dilaksanakan dengan cara biasa. Bagaimanapun, guru perlu memahami cara teknologi boleh dihubungkaitkan dengan pedagogi dan kandungan supaya teknologi dapat digunakan secara berkesan di dalam bilik darjah. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi guru sains sekolah menengah terhadap Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan (TPACK). Kajian ini menggunakan pendekatan kajian secara gabungan menerusi tinjauan awal yang melibatkan 408 orang guru sains dan diikuti oleh temu bual separa berstruktur terhadap empat orang peserta kajian yang terpilih. Data dan analisis mendedahkan bahawa guru sains umumnya mempunyai persepsi yang tinggi tentang pemahaman mereka terhadap komponen-komponen pengetahuan TPACK. Guru sains mempunyai skor min yang tinggi bagi CK, PK, TK dan PCK kecuali TCK, TPK dan TPACK yang berada pada tahap sederhana. Selain itu, kajian ini juga menunjukkan terdapat hubungan antara persepsi guru sains terhadap TPACK dengan ciri demografi seperti jantina, pengalaman mengajar dan umur guru. Model Persamaan Berstruktur (SEM) yang dicadangkan berdasarkan kerangka TPACK telah menyokong sembilan daripada dua belas hipotesis tentang hubungan antara komponen-komponen TPACK. Keputusan menunjukkan bahawa kesan pengaruh pengetahuan teras iaitu CK, PK dan TK adalah tidak langsung, tetapi menerusi komponen lapisan kedua (PCK, TCK dan TPK). Penerokaan lanjut dalam fasa kualitatif telah mengesahkan dapatan ini dan mengenal pasti sifat hubungan antara komponen-komponen TPACK. Penemuan bukti-bukti mendedahkan bahawa guru-guru sains menggunakan teknologi dalam pelbagai cara namun kebanyakan mereka menggunakannya untuk menerangkan konsep sains, berkongsi maklumat dan mendapatkan maklum balas murid. Ini bermakna tujuan guru menggunakan teknologi ialah untuk membina pemahaman murid, meningkatkan minat dan merangsang penglibatan murid dalam pembelajaran sains. Kajian ini mencadangkan supaya program Pembangunan Profesionalisme Guru harus beralih daripada memperkaya kemahiran teknologi kepada penekanan cara yang sesuai menggunakan teknologi dalam mencapai matlamat pengajaran dan hasil pembelajaran murid.