Hampas Sagu Sebagai Sumber Alternatif dalam Reka Bentuk Model Automotif
Penyelidikan ini bertujuan untuk menghasilkan bahan komposit organik daripada hampas sagu. Hampas sagu dijadikan sebagai bahan alternatif untuk menghasilkan bahan kompaun yang digunakan sebagai struktur teras untuk proses model automotif. Bahan kompaun tersebut digunakan oleh pereka dan pelajar reka...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
2019
|
Subjects: | |
Online Access: | http://ir.unimas.my/id/eprint/25859/2/Hampas%20Sagu%20Sebagai%20Sumber%20Alternatif%20dalam%20Reka%20Bentuk%20Model.pdf http://ir.unimas.my/id/eprint/25859/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Malaysia Sarawak |
Language: | English |
Summary: | Penyelidikan ini bertujuan untuk menghasilkan bahan komposit organik daripada hampas sagu. Hampas sagu dijadikan sebagai bahan alternatif untuk menghasilkan bahan kompaun yang digunakan sebagai struktur teras untuk proses model automotif. Bahan kompaun tersebut digunakan oleh pereka dan pelajar reka bentuk automotif di institusi pengajian tinggi di Malaysia. Proses awal dalam penghasilan bahan kompaun ialah proses tapisan dan perahan hampas sagu basah untuk memisahkan air daripada hampas sagu. Selepas itu, serat hampas sagu dikeringkan di dalam ketuhar pada 100 oC selama 24 jam sebelum kisar sehingga menghasilkan serbuk hampas sagu (SWP). SWP dirawat dengan menggunakan serbuk kayu manis untuk proses pengawetan atau rawatan. Sisa sagu cecair (LSW) digunakan sebagai pengikat. Hampas sagu kering (DSW) dicampur dengan bahan pengikat dengan nisbah 2:1. Bahan pengikat ditentukan oleh kepekatan kanji dalam tepung sagu, tepung kanji komersial atau tepung jagung. Ujian ketahanan sampel menunjukkan bacaan tertinggi sebanyak 0.41 Mpa. Dapatan daripada sampel yang dihasilkan membuktikan bahawa ia mudah untuk diukir, dipotong dan digilap oleh kertas pasir. |
---|