Konstruksi Identiti Dalam Talian daripada Perspektif Pengguna Facebook

Setiap individu mempunyai identiti tersendiri sama ada di luar talian mahupun dalam talian. Identiti kendiri yang dikonstruksi memiliki keunikan serta perbezaan tersendiri yang membolehkan individu dikenali oleh orang lain. Walaupun terdapat banyak kajian yang mengkaji konstruksi identiti kendiri,...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Jamilah, Maliki, Normah, Mustafa, Mohd Nor, Shahizan Ali
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit UKM 2019
Subjects:
Online Access:http://ir.unimas.my/id/eprint/28661/1/Konstruksi%20Identiti%20Dalam%20Talian%20daripada%20Perspektif%20Pengguna%20Facebook%20-%20Copy.pdf
http://ir.unimas.my/id/eprint/28661/
http://ejournal.ukm.my/mjc/article/view/36485
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Malaysia Sarawak
Language: English
Description
Summary:Setiap individu mempunyai identiti tersendiri sama ada di luar talian mahupun dalam talian. Identiti kendiri yang dikonstruksi memiliki keunikan serta perbezaan tersendiri yang membolehkan individu dikenali oleh orang lain. Walaupun terdapat banyak kajian yang mengkaji konstruksi identiti kendiri, khususnya dalam bidang komunikasi silang budaya tetapi faktor-faktor yang digunakan oleh individu dalam membentuk identiti dalam talian belum diterokai sepenuhnya. Kajian ini menyelidik bagaimana pemilik akaun Facebook menggunakan literasi media dalam mengkonstruksi identiti dalam talian. Objektif kajian ini adalah untuk menganalisis bagaimana pengetahuan, emosi dan kemahiran membantu individu mengkonstruksi identiti kendiri dalam talian. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan campuran untuk menyelidik bagaimana literasi media digunakan dalam mengkonstruksi identiti sebenar, unggul ataupun samaran dalam talian. Seramai 400 pelajar yang mengikuti program komunikasi di Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaya, Universiti Putra Malaysia dan Universiti Sains Malaysia dipilih sebagai responden dalam kajian tinjauan. Mereka menjawab borang soal selidik yang mengukur hubungan pemboleh ubah bebas dan bersandar dalam kajian ini. Hasil kajian merumuskan literasi media menyumbang kepada faktor terhadap konstruksi identiti dalam talian oleh seseorang individu. Sungguhpun demikian, terdapat faktor lain yang turut mempengaruhi konstruksi yang tidak diteroka dalam kajian ini. Justeru, kajian masa depan disyorkan melihat penerimaan orang lain terhadap identiti yang dikonstruksi oleh individu dalam talian.