Asas Fonem Konsonan Dialek Melayu Kelantan (Subdialek Pasir Mas, Kelantan)
Kajian ini dijalankan untuk mengkaji bidang fonologi khususnya dalam mengenal pasti jenis-jenis fonem konsonan serta menghuraikan pengguguran konsonan yang berlaku dalam dialek Kelantan bagi sub dialek Pasir Mas. Untuk mencapai objektif ini, data dikumpul dengan menggunakan kaedah kualitatif di mana...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
MALTESAS Publisher
2018
|
Subjects: | |
Online Access: | http://ir.unimas.my/id/eprint/28804/3/Asas%20Fonem%20Konsonan%20Dialek%20Melayu%20Kelantan%20%28abstract%29.pdf http://ir.unimas.my/id/eprint/28804/ https://maltesas.my/msys/explore/detailsg.php?det=34 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Malaysia Sarawak |
Language: | English |
Summary: | Kajian ini dijalankan untuk mengkaji bidang fonologi khususnya dalam mengenal pasti jenis-jenis fonem konsonan serta menghuraikan pengguguran konsonan yang berlaku dalam dialek Kelantan bagi sub dialek Pasir Mas. Untuk mencapai objektif ini, data dikumpul dengan menggunakan kaedah kualitatif di mana kajian ini telah menggunakan kaedah temu bual dengan menggunakan senarai kata yang disediakan mengikut domain-domain tertentu melalui senarai Swadesh yang telah diubah suai dan memfokuskan kepada budaya benda sahaja. Temu bual ini melibatkan dua orang responden yang berlainan jantina dan merupakan penutur jati dialek Kelantan Pasir Mas di mana mereka tidak pernah berimigrasi ke luar negeri. Hasil kajian memperlihatkan bahawa dalam subdialek Pasir Mas, secara keseluruhannya jenis fonem dan jumlah fonem konsonan adalah 19 iaitu [p, b, t, d, k, g, l, ʧ, ʤ, s, h, m, n, ŋ, ɲ, ɣ] dan tiga segmen konsonan terbitan, iaitu hentian glotis [ʔ] dan geluncuran [j, w]. Selain itu, berdasarkan analisis data terhadap fonem konsonan, dialek Kelantan sememangnya banyak mengalami pengguguran konsonan di mana kebanyakan fonem konsonan banyak mengalami pengguguran di awal, di tengah kata dan di akhir kata. Antara fonem yang banyak mengalami pengguguran ialah konsonan likuida /l/ dan /r/ serta konsonan nasal /m, n, ŋ/. Selain itu juga, fonem lain juga dilihat banyak mengalami pengguguran berdasarkan data yang diperoleh, antaranya ialah konsonan /h, s/. |
---|