Peribahasa Tamil Berimej Lada Hitam Sebagai Tradisi Lisan: Analisis Semantik Inkuisitif
Tradisi lisan merupakan salah satu cabang bagi penciptaan peribahasa Tamil. Peribahasa ini dicipta dan dihasilkan daripada pengamatan lapisan masyarakat India terhadap keistimewaan alam semula jadi di sekeliling mereka secara implisit. Namun begitu, penerokaan makna peribahasa Tamil yang dijalankan...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Malaysia Kelantan
2019
|
Subjects: | |
Online Access: | http://ir.unimas.my/id/eprint/29518/1/MARY%20FATIMAH.pdf http://ir.unimas.my/id/eprint/29518/ http://ijcfh.umk.edu.my/images/IJCFHVol7-Sept2019/TENIAT-Vol.7-Issue-No.2-70-88.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Malaysia Sarawak |
Language: | English |
Summary: | Tradisi lisan merupakan salah satu cabang bagi penciptaan peribahasa Tamil. Peribahasa ini dicipta dan dihasilkan daripada pengamatan lapisan masyarakat India terhadap keistimewaan alam semula jadi di sekeliling mereka secara implisit. Namun begitu, penerokaan makna peribahasa Tamil yang dijalankan oleh pengkaji lepas hanya terhad di peringkat semantik skrip dan semantik resonans sahaja. Oleh itu, objektif kajian adalah menganalisis peribahasa Tamil berunsur lada hitam menggunakan pendekatan Semantik Inkuisitif oleh Jalaluddin (2014) serta dibantu pendekatan Rangka Rujuk Silang oleh Kempson (1986). Kajian ini adalah berbentuk kualitatif sepenuhnya melalui temu bual secara mendalam ke atas empat orang informan yang
pilih secara NORF/M (Non-Mobile, Old, Remote dan Female/Male). Keseluruhannya, pengkaji memperoleh sebanyak 25 data peribahasa Tamil berunsurkan tumbuh-tumbuhan. Namun
begitu, sebagai batasan kajian ini pengkaji hanya akan memfokuskan data peribahasa Tamil berunsurkan lada hitam sahaja. Data peribahasa Tamil tersebut seperti,
கடுகுப ோனஇடம்ஆரோய்வர், பூசணிக்கோய்ப ோனஇடம்தெரியோெ (Transkripsi Rumi:
Kadagu pona idam aarayvaar, poosanikay pona idam theriyathu) dan
கடுகுசிருத்ெோலும்கோரம் குறையோது (Transkripsi Rumi: Kadugu siruthalum kaaram kuraiyaathu). Melalui kajian ini pengkaji dapat merumuskan bahawa, peribahasa Tamil ini tidak
diciptakan secara sewenang-wenangnya tetapi, mempunyai kaitan yang kukuh dengan budaya serta akal budi masyarakat India pada zaman dahulu.
Kata Kunci: tradisi lisan, peribahasa Tamil, lada hitam, semantik inkuisitif |
---|