Ritual Miring dalam Masyarakat Iban Betong

Kaum Iban atau turut dikenali sebagai Sea Dayak merupakan kaum yang terbesar di Sarawak. Menurut Sandin (1967), kaum Iban adalah berasal dari Lembah Sungai Kapuas yang kini dikenali sebagai Kalimantan yang berhampiran dengan negeri Sarawak. Namun demikian, disebabkan oleh kedudukan geografi yang ber...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Bibiana Motey, Bilon@Senang, Noria, Tugang
Format: Article
Language:English
Published: 2016
Subjects:
Online Access:http://ir.unimas.my/id/eprint/31632/1/Ritual%20Miring%20dalam%20Masyarakat%20Iban%20Betong.pdf
http://ir.unimas.my/id/eprint/31632/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Malaysia Sarawak
Language: English
Description
Summary:Kaum Iban atau turut dikenali sebagai Sea Dayak merupakan kaum yang terbesar di Sarawak. Menurut Sandin (1967), kaum Iban adalah berasal dari Lembah Sungai Kapuas yang kini dikenali sebagai Kalimantan yang berhampiran dengan negeri Sarawak. Namun demikian, disebabkan oleh kedudukan geografi yang berdekatan dengan negeri Sarawak, maka kaum ini melakukan migrasi ke Sarawak kira-kira pada pertengahan abad ke-16. Kumpulan terawal yang datang ke Sarawak berpusat di Lubok Antu, Sri Aman atau dikenali sebagai Simanggang suatu ketika dahulu (Margeret Linggi, 1999). Mereka seterusnya bermigrasi ke tebingan sungai seperti Sungai Batang Lupar dan seterusnya berkembang ke Sungai Sadong, Sungai Rajang dan banyak lagi (Blehant 1997). Masyarakat Iban menjalankan aktiviti harian seperti menanam padi bukit, memburu dan menternak binatang untuk tujuan sara diri. Pada masa yang sama, mereka turut mengisi masa lapang dengan menghasilkan pelbagai jenis hasil anyaman seperti tikar ‘bemban’, raga dan sebagainya. Tinjauan yang dilakukan oleh penyelidik mendapati salah satu adat yang masih diamalkan oleh masyarakat Iban di bahagian Betong, Sarawak sehingga kini adalah upacara Miring. Miring merupakan upacara persembahan atau berdoa kepada Tuhan atau Petara bagi memberkati permintaan dan mendapat perlindungan daripada sesuatu ancaman. Tujuan sebenar upacara Miring diadakan adalah untuk memberkati penduduk, melindungi, membawa kebahagian, kedamaian dan keharmonian dalam masyarakat. Dalam kajian ini, fokus adalah kepada pelaksanaan ritual miring di bahagian Betong, Sarawak