Pengaruh Faktor Pengetahuan terhadap Konstruksi Identiti Dalam Talian Menerusi Penggunaan Facebook

Media sosial membolehkan individu mewujudkan identiti dalam talian untuk memaparkan identiti pilihan mereka. Individu bukan sekadar mengkonstruksi identiti di luar talian malah boleh mengkonstruk semula identiti secara dalam talian. Identiti dalam talian membenarkan individu berinteraksi dengan semu...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Jamilah, Maliki, Mohd Nor Shahizan, Ali
Format: Article
Language:English
Published: UKM Press 2020
Subjects:
Online Access:http://ir.unimas.my/id/eprint/32177/1/Pengaruh%20Faktor%20Pengetahuanterhadap%20%20KonstruksiIdentiti%20Dalam%20Talian%20MenerusiPenggunaanFacebook.pdf
http://ir.unimas.my/id/eprint/32177/
http://ejournal.ukm.my/mjc/article/view/42926
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Malaysia Sarawak
Language: English
Description
Summary:Media sosial membolehkan individu mewujudkan identiti dalam talian untuk memaparkan identiti pilihan mereka. Individu bukan sekadar mengkonstruksi identiti di luar talian malah boleh mengkonstruk semula identiti secara dalam talian. Identiti dalam talian membenarkan individu berinteraksi dengan semua lapisan pengguna termasuk orang yang tidak dikenali. Walau bagaimanapun, kajian sebelum ini tidak mengkaji sumber peribadi yang perlu dimiliki oleh seseorang individu untuk membolehkannya mengkonstruk identiti dalam talian. Kajian lalu juga didapati kurang meneliti kepelbagaian identiti yang mungkin dikonstruksi dalam talian sama ada identiti unggul, sebenar ataupun identiti samaran. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis faktor pengetahuan yang mempengaruhi pengguna media sosial apabila mengkonstruksi identiti dalam talian. Pengguna aktif Facebook dalam kalangan 400 penuntut di empat buah institusi pengajian tinggi dipilih sebagai responden kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara faktor pengetahuan yang dimiliki oleh pengguna Facebook dengan konstruksi identiti dalam talian sama ada identiti unggul, sebenar dan samaran. Aspek yang mendasari struktur pengetahuan telah dikenal pasti sebagai pengetahuan am, pengalaman, penapisan bahasa, pengetahuan memuat naik, penapisan komen dan penulisan status merupakan aspek penting yang diambil kira oleh responden apabila mengkonstruk identiti dalam talian. Interaksi sosial di Internet memberi ruang kepada individu mencipta sendiri dan memaparkan identiti mengikut acuan yang diinginkan dan dipaparkan kepada umum.