Kurator, Kuratorial Kontemporari, Documenta 13 & 14

Bidang kuratorial di Malaysia bukanlah satu praktis yang baharu. Ianya telah lama dijalankan di galeri institusi awam seperti galeri mahupun muzium. Semenjak tahun 1960-an sehingga sekarang, telah wujud nama-nama besar dalam kancah seni visual di Malaysia yang memainkan peranan kurator seperti Waira...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohamad Faizuan, Mat
Format: Book Chapter
Language:English
Published: Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara 2020
Subjects:
Online Access:http://ir.unimas.my/id/eprint/32759/1/Chapter%20in%20Book%20Esei.pdf
http://ir.unimas.my/id/eprint/32759/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Malaysia Sarawak
Language: English
Description
Summary:Bidang kuratorial di Malaysia bukanlah satu praktis yang baharu. Ianya telah lama dijalankan di galeri institusi awam seperti galeri mahupun muzium. Semenjak tahun 1960-an sehingga sekarang, telah wujud nama-nama besar dalam kancah seni visual di Malaysia yang memainkan peranan kurator seperti Wairah Maizuki, Sharifah Fatimah Syed Zubir, Ismail Zain, Redza Piyadasa, Syed Ahmad Jamal dan beberapa nama lain. Peranan kurator yang diambil alih oleh mereka telah memberikan kesan signifikan (significant impact) kepada perkembangan seni tampak Malaysia sehingga sekarang. TSabri (2011) menyatakan bahawa akhir 1980-an tidak begitu ramai kurator pada ketika itu dan beberapa nama yang telah mengkuratorialkan pameran di Balai Seni Lukis Negara (BSLN) termasuklah Tamyez Bajuri, Zakaria Ali, Dzul Haimi M Zain dan Zabas. Namun, peranan kurator tersebut sedikit sebanyak memberikan kesan kepada perkembangan seni tampak di Malaysia. Pada tahun 1960-an, kancah seni tampak di Malaysia memperlihatkan fenomena asbtrak ekspresionisme (AE) yang agak rancak dan dominan. Pada tahun 1970-an pula, wujud pameran-pameran yang dikuratorialkan untuk mengekang kerancakkan (AE) seperti pameran Towards a Mystical Reality (TMR), 1974 oleh Redza Piyadasa dan Sulaiman Esa. Merujuk kepada Abdullah & Chung (2014) menyatakan bahawa pada tahun 1960-an, ketika para seniman di Malaysia sangat dipengaruhi oleh gerakan (AE), sekumpulan seniman Malaysia lain yang dikenali sebagai New Scene tertarik dengan aspek-aspek pembuatan seni cerebral and impersonal, analitikal dan konstruktivisme.