Pemilihan bahasa komuniti multilingual di Miri : Satu penelitian awal
Kajian ini membincangkan dapatan awal penyelidikan yang sedang dijalankan yang meneliti situasi pertembungan bahasa dan kedudukan bahasa-bahasa terancam di beberapa kawasan terpilih di Sarawak. Kawasan kajian yang utama ialah di sekitar bandar Miri di Sarawak. Miri yang terletak di bahagian utara...
Saved in:
Main Authors: | , , , , |
---|---|
Format: | Working Paper |
Language: | English |
Published: |
Universiti Malaysia Sarawak
2013
|
Subjects: | |
Online Access: | http://ir.unimas.my/id/eprint/346/1/Pemilihan_Bahasa_Komuniti_Multilingual_di_Miri_abstract.pdf http://ir.unimas.my/id/eprint/346/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Malaysia Sarawak |
Language: | English |
Summary: | Kajian ini membincangkan dapatan awal penyelidikan yang sedang dijalankan yang meneliti situasi pertembungan bahasa dan kedudukan bahasa-bahasa terancam di beberapa kawasan terpilih di Sarawak. Kawasan kajian yang utama ialah di sekitar bandar Miri di Sarawak. Miri yang terletak di bahagian utara Sarawak sangat menarik untuk dikaji kerana landskap sosiolinguistiknya agak berbeza daripada masyarakat di bahagian selatan (Kuching, Sri Aman, Sibu). Selain Melayu, Kedayan, Cina, Iban dan Melanau, ia menempatkan pelbagai suku kaum dalam kalangan masyarakat Orang Ulu yang kebanyakannya mempunyai jumlah penutur kurang daripada 10,000. Bandar raya ini juga menjadi tumpuan masyarakat luar dan tempatan kerana industri petroleumnya. Satu kajian awal meneliti pola pemilihan bahasa komuniti di Miri dalam beberapa domain dan setting telah dijalankan. Kajian ini mengaplikasikan pendekatan kualitatif. Pengumpulan data dibuat melalui temubual berpandukan borang soal selidik, dan melalui penelitian pola penggunaan bahasa harian komuniti ini di beberapa tempat terpilih. Dapatan awal mendapati bahasa melayu standard merupakan pilihan utama masyarakat Miri dalam interaksi antara pelbagai kaum. Ini berbeza daripada masyarakat di selatan Sarawak yang memilih dialek Melayu Sarawak. Faktor utamanya kebanyakan penutur daripada golongan Orang Ulu tidak memahami dialek Melayu Sarawak. |
---|