PERBEZAAN SISTEM FONOLOGI ANTARA DIALEK MELAYU SARAWAK, SARIBAS DAN DIALEK MELAYU SARAWAK, KUCHING

Kajian ini bertujuan untuk membincangkan perbezaan sistem fonologi antara Dialek Melayu Sarawak, Saribas dan Dialek Melayu Sarawak, Kuching. Dialek Melayu Sarawak (DMS) terbahagi kepada tiga subdialek yang mempunyai tiga variasi dialek utama, iaitu dialek Melayu Kuching (DMKch), dialek Melayu Rejang...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Sharifah Katikah, Wan Samsudin
Format: Thesis
Language:English
Published: UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK (UNIMAS) 2017
Subjects:
Online Access:http://ir.unimas.my/id/eprint/34715/1/Sharifah%20Katikah%20ft.pdf
http://ir.unimas.my/id/eprint/34715/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Malaysia Sarawak
Language: English
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk membincangkan perbezaan sistem fonologi antara Dialek Melayu Sarawak, Saribas dan Dialek Melayu Sarawak, Kuching. Dialek Melayu Sarawak (DMS) terbahagi kepada tiga subdialek yang mempunyai tiga variasi dialek utama, iaitu dialek Melayu Kuching (DMKch), dialek Melayu Rejang (DMRjg), dan dialek Melayu Saribas (DMSbs). Kajian ini, berfokuskan sistem fonologi Dialek Melayu Sarawak, Saribas (DMSbs) di Daerah kecil Debak. Objektif kajian ini mengenal pasti vokal dan konsonan serta bunyi diftong dan rangkap vokal yang terdapat dalam Dialek Melayu Sarawak, Saribas (DMSbs) di Daerah kecil Debak dan mencari perbezaan dengan sistem fonologi Dialek Melayu Sarawak, Kuching (DMKch) dalam kajian Madzhi Johari (1988). Bagi mencapai objektif kajian, pengkaji telah menggunakan Model Deskriptif Asmah (2006) untuk menganalisis data kajian. Data kajian ini diperoleh secara kajian lapangan huluan yang menggunakan kaedah domain dan asosiasi idea. Analisis secara deskriptif digunakan untuk menentukan lapan bunyi vokal dan 19 bunyi konsonan serta bunyi – bunyi diftong dan rangkap vokal yang wujud dalam DMSbs. Seterusnya, kajian ini berjaya mencari perbezaan fonologi antara DMSbs dan DMKch. Perbezaan antara DMSbs dan DMKch jelas dilihat dari segi perbezaan fonem konsonan, Selain itu, terdapat perbezaan dari segi diftong dalam DMSbs berbanding diftong DMKch iaitu, DMSbs mempunyai empat bunyi diftong iaitu /aw/, /ay/, /oy/, dan /ɛy/ manakala DMKch hanya mempunyai satu bunyi diftong iaitu /oy/. Seterusnya, DMSbs mempunyai lima bunyi rangkap vokal manakala DMKch mempunyai 13 rangkap vokal. Terdapat dua cara yang membentuk rangkap vokal iaitu pengguguran konsonan di akhir kata dan pengguguran salah satu konsonan antara vokal. Kajian ini juga menunjukkan perbezaan antara DMSbs dan DMKch kerana berlakunya penggantian segmen lain dan perbezaan fonem vokal pada akhir kata serta fonem konsonan.