STRATEGI PELESTARIAN TRADISI LISAN LEKA TIMANG GAWAI BURONG MASYARAKAT IBAN
Masyarakat Iban terkenal dengan kepelbagaian perayaan gawai yang berkaitan dengan kepercayaan animisme seperti Gawai Burong, Gawai Dayak, Gawai Tuah dan Gawai Sakit. Setiap gawai yang diadakan mempunyai leka timang khas yang akan didendangkan atau dinyanyikan oleh lemambang. Penyelidikan ini fokus k...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
2021
|
Subjects: | |
Online Access: | http://ir.unimas.my/id/eprint/35820/1/Jeniffer.pdf http://ir.unimas.my/id/eprint/35820/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Malaysia Sarawak |
Language: | English |
Summary: | Masyarakat Iban terkenal dengan kepelbagaian perayaan gawai yang berkaitan dengan kepercayaan animisme seperti Gawai Burong, Gawai Dayak, Gawai Tuah dan Gawai Sakit. Setiap gawai yang diadakan mempunyai leka timang khas yang akan didendangkan atau dinyanyikan oleh lemambang. Penyelidikan ini fokus kepada makna tradisi lisan leka timang yang digunakan semasa Gawai Burong dijalankan. Selain itu, penyelidik meneliti pertembungan dan perubahan yang memberi impak yang besar terhadap tradisi lisan leka timang pada masa kini. Penyelidikan ini turut fokus terhadap strategi penambahbaikan dan pelestarian yang sesuai untuk memelihara tradisi lisan leka timang dalam kalangan generasi kini. Penyelidikan ini dijalankan di Daerah Pakan, Sarikei, Sarawak. Bagi mendapatkan maklumat terus daripada informan, penyelidik telah menggunakan kaedah temubual secara berstruktur dan tidak berstruktur. Gawai Kelingkang Nanga atau Burong merupakan gawai yang tertinggi di antara Gawai Burong yang dijalankan oleh masyarakat Iban. Gawai Kelingkang Nanga atau Burong kurang relevan dianjurkan pada masa kini. Gawai Kelingkang Nanga atau Burong merupakan gawai yang hanya boleh dianjurkan oleh Tuai Serang atau Tuai Kayau yang telah berjaya dalam ekspedisi ngayau. Tambahan lagi, timang Gawai Kelingkang Nanga merupakan timang gawai yang paling panjang antara timang Gawai Burong yang lain. Penyelidik menyarankan agar lebih banyak lagi penyelidikan yang berkaitan dengan tradisi lisan masyarakat Iban berasaskan pelbagai perspektif dan kategori. Hanya dengan penyelidikan yang sedemikian, tradisi lisan dapat dikekalkan dan dipromosikan kepada generasi baharu dan masyarakat luar.
Kata kunci: Masyarakat Iban, timang, Gawai Burong, pelestarian budaya dan perubahan budaya |
---|