MODEL EVOLUSI PENGINAPAN PESISIR PANTAI
Pembangunan aktiviti pelancongan di kawasan pesisir pantai sentiasa menjadi nadi kepada pertumbuhan ekonomi dikawasan setempat dan persekitaran yang berhampiran. Keunikan kawasan pesisir pantai dan disokong oleh kedudukan lokasi yang strategik sememangnya menarik perhatian para pelancong sama ada da...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Book |
Language: | English |
Published: |
UNIMAS Publisher
2021
|
Subjects: | |
Online Access: | http://ir.unimas.my/id/eprint/35962/1/MODEL%20EVOLUSI%20PENGINAPAN%20PESISIR%20PANTAI.pdf http://ir.unimas.my/id/eprint/35962/ https://www.publisher.unimas.my/index.php/online-book-shop |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Malaysia Sarawak |
Language: | English |
Summary: | Pembangunan aktiviti pelancongan di kawasan pesisir pantai sentiasa menjadi nadi kepada pertumbuhan ekonomi dikawasan setempat dan persekitaran yang berhampiran. Keunikan kawasan pesisir pantai dan disokong oleh kedudukan lokasi yang strategik sememangnya menarik perhatian para pelancong sama ada dari dalam mahupun luar negara. Oleh itu situasi tersebut akan mencetuskan pelbagai aktiviti pelancongan yang akan berkembang dengan pesat selari dengan keperluan dan permintaan pasaran. Dalam hal tersebut, pertumbuhan
penginapan pesisir pantai merupakan antara elemen penting yang akan memenuhi permintaan terhadap keperluan penginapan dalam kalangan para pelancong. Selari dengan perkembangan tersebut, kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti dan menganalisis perkembangan penginapan pesisir pantai, mengenal pasti evolusi perkembangannya serta membincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan dan pertumbuhan penginapan pesisir pantai. Dalam kajian ini, Pantai Batu Feringghi di Pulau Pinang telah digunakan sebagai kes kajian yang menggunakan bantuan aplikasi ArcGIS, ArcView dan Global Mapper. Selain itu, analisis statistik pertumbuhan penginapan pesisir pantai, Patch Analyst dan rajah trajektori turut digunakan dalam proses
tersebut. Seterusnya, Beach Resort Evolution Model oleh Smith (1991 dan 1992) telah digunakan untuk mengenal pasti peringkat-peringkat perkembangan penginapan pesisir pantai di Batu Feringghi. Penemuan kajian menunjukkan bahawa evolusi penginapan pesisir pantai di Batu Feringghi telah mencapai tahap akhir iaitu tahap kelapan, dengan evolusi kawasan pelancongan telah berkembang dansemakin berubah menjadi sebuah kawasan perbandaran, walaupun pada tahap awal perubahan. Penemuan daripada kajian ini diharap
mampu membantu Pihak Berkuasa Tempatan dan Kerajaan Negeri
khususnya semasa peringkat perancangan dan pengurusan dalam
menangani pelbagai isu yang berkaitan dengan pelancongan pesisir pantai pada masa hadapan. |
---|