Cabaran Penerapan Strategi Metakognitif dalam Pengajaran Penyelesaian Masalah Ekonomi Tingkatan Enam

Kemahiran penyelesaian masalah merupakan salah satu kemahiran penting yang perlu dikuasai oleh pelajar khususnya pelajar Ekonomi yang sering mengalami kesukaran dalam pemahaman konsep dan teori Ekonomi yang bersifat abstrak. Beberapa kajian lepas mencadangkan bahawa terdapat perkaitan antara penguas...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nur Izzatul Syahirah, Tan Abdullah, Zaimuariffudin Shukri, Nordin, Norehan, Zulkiply
Format: Article
Language:English
Published: Asian Scholars Network 2021
Subjects:
Online Access:http://ir.unimas.my/id/eprint/36933/1/Norehan%20Zulkiply.pdf
http://ir.unimas.my/id/eprint/36933/
https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd/about
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Malaysia Sarawak
Language: English
Description
Summary:Kemahiran penyelesaian masalah merupakan salah satu kemahiran penting yang perlu dikuasai oleh pelajar khususnya pelajar Ekonomi yang sering mengalami kesukaran dalam pemahaman konsep dan teori Ekonomi yang bersifat abstrak. Beberapa kajian lepas mencadangkan bahawa terdapat perkaitan antara penguasaan kemahiran penyelesaian masalah dengan proses metakognitif. Komponen utama dalam regulasi metakognitif iaitu perancangan, pemantauan dan penilaian didapati berupaya meningkatkan kemahiran berfikir serta kemahiran penyelesaian masalah pelajar dalam Ekonomi. Penerapan strategi metakognitif dalam pengajaran penyelesaian masalah boleh dicadangkan sebagai salah satu intervensi untuk menangani kesukaran dalam pembelajaran Ekonomi di sekolah. Guru pula memainkan peranan yang amat penting untuk menggalakkan pelajar menggunakan strategi metakognitif dalam proses pembelajaran mereka. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk meneroka cabaran penerapan strategi metakognitif dalam pengajaran penyelesaian masalah Ekonomi Tingkatan Enam. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif berbentuk kajian kes yang melibatkan dua orang guru Ekonomi Tingkatan Enam. Pengumpulan data dilakukan melalui temu bual mendalam dan dianalisis secara tematik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat empat cabaran utama yang dihadapi oleh guru iaitu kekangan masa, pengetahuan guru tentang strategi metakognitif, penyediaan bahan pengajaran dan kesediaan pelajar. Kajian ini diharapkan dapat memberi cadangan untuk memperkukuh kerangka model pengajaran Ekonomi berasaskan penyelesaian masalah dan strategi metakognitif yang bersifat praktikal dan mencadangkan implikasi kepada polisi melibatkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) serta amalan pihak sekolah dan juga guru.