USAHAWAN SISWA : MEMETA HALUAN, MELAKAR JAYA

Pembentukan masyarakat Malaysia yang berpemikiran keusahawanan merupakan asas dalam menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara keusahawanan unggul menjelang 2030. Penerapan budaya keusahawanan melalui pelaksanaan enam Teras Strategik di bawah Dasar Keusahawanan Negara (DKN) merupakan pemangkin...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nik Maheran, Nik Muhammad, Mohd Zabri, Yusof, Mohammad Ishamudin, Ismail, Fazli, Said, Norazirah, Ayob, Ahmad Syubaili, Mohamed, Aida Shafreena, Ahmad Puad, Jessica Rinny, Meting
Format: Book
Language:English
Published: Penerbit UMK 2021
Subjects:
Online Access:http://ir.unimas.my/id/eprint/37172/1/BUKU%20USAHAWAN%20SISWA.pdf
http://ir.unimas.my/id/eprint/37172/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Malaysia Sarawak
Language: English
Description
Summary:Pembentukan masyarakat Malaysia yang berpemikiran keusahawanan merupakan asas dalam menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara keusahawanan unggul menjelang 2030. Penerapan budaya keusahawanan melalui pelaksanaan enam Teras Strategik di bawah Dasar Keusahawanan Negara (DKN) merupakan pemangkin kepada proses transformasi ekonomi inklusif dan komuniti keusahawanan negara. Sejajar dengan hasrat kerajaan melalui pembentukan DKN yang melibatkan pelaksanaan program pembangunan keusahawanan yang merangkumi kemudahan pembiayaan, pembangunan infrastruktur, aktiviti penyelidikan dan latihan serta kemahiran di kesemua Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia supaya ia mampu menjadi platform untuk melahirkan dan mencipta para graduan berminda keusahawanan kelas pertama. Penglibatan mahasiswa dalam aktiviti keusahawanan telah memberi nilai tambah bukan sahaja dalam bidang berkaitan semata-mata, namun ia juga turut mendedahkan mereka dengan pelbagai kemahiran keusahawanan melalui penciptaan produk dan perkhidmatan baharu sekali gus menyokong pembangunan dan pertumbuhan ekonomi negara serta menjadi pencipta pekerjaan (job creator). Selari dengan matlamat Pelan Tindakan Keusahawanan IPT 2021-2025, buku ini telah digarap berdasarkan enam kategori utama perniagaan berteraskan inovasi dan teknologi iaitu perniagaan kosmetik dan kesihatan, perkhidmatan fotografi dan audiografi, produk makanan dan minuman, aktiviti peruncitan, bidang seni kreatif dan tekstil serta perkhidmatan pengkhususan. Seramai 39 usahawan dalam kalangan mahasiswa dan graduan yang berjaya menempa nama dengan meraih pelbagai anugerah dan kejayaan melalui pembentukan inovasi produk, proses, pemasaran, peralatan dan pembungkusan melalui pemikiran kreatif dan inovatif. Selain itu, buku ini turut menceritakan tentang perjalanan suka dan duka mereka sepanjang bergelar usahawan yang boleh dijadikan iktibar dan contoh tauladan yang baik kepada individu yang ingin menceburkan diri dalam dunia keusahawanan. Semoga penerbitan buku Usahawan Siswa: Memeta Haluan, Melakar Jaya ini, mampu menjadi wadah ilmu yang berguna sekali gus menjadi perangsang kepada jiwa-jiwa yang dahagakan perubahan dan menjadi inspirasi khususnya kepada para mahasiswa untuk menerokai bidang keusahawanan sebagai satu kerjaya pilihan.