REFLEKSI SISI NEGATIF BURUNG GAGAK DALAM PERIBAHASA MELAYU: ANALISIS SEMANTIK INKUISITIF

Pandangan masyarakat Melayu pada masa dahulu telah menginterpretasikan burung gagak sebagai rupa yang buruk, sesuatu yang lemah, impian yang tidak kesampaian dan sukar untuk berubah. Oleh itu, objektif khusus kajian ini adalah untuk meneroka sebab pemilihan imej perlambangan gagak dalam peribahas...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Muhammad Zaid, Bin Daud, Nurul Aida, Abdullah, Mary Fatimah, Subet
Format: Article
Language:English
Published: Faculty of Language and Communication Universiti Malaysia Sarawak 2021
Subjects:
Online Access:http://ir.unimas.my/id/eprint/37439/1/peribahasa1.pdf
http://ir.unimas.my/id/eprint/37439/
https://publisher.unimas.my/ojs/index.php/ILS/index
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Malaysia Sarawak
Language: English
Description
Summary:Pandangan masyarakat Melayu pada masa dahulu telah menginterpretasikan burung gagak sebagai rupa yang buruk, sesuatu yang lemah, impian yang tidak kesampaian dan sukar untuk berubah. Oleh itu, objektif khusus kajian ini adalah untuk meneroka sebab pemilihan imej perlambangan gagak dalam peribahasa Melayu menggunakan pendekatan Semantik Inkuisitif (Jalaluddin, 2014) serta dibantu dengan pendekatan Rangka Rujuk Silang (Kempson, 1986). Data peribahasa ini dikutip melalui pensampelan bertujuan dalam Kamus Peribahasa Melayu Edisi Kelima oleh Rahman (2017), Kamus Istimewa Peribahasa Melayu Edisi Kedua oleh Hussain (2016) serta Kamus Peribahasa Melayu oleh Said (2013). Keseluruhannya, terdapat sembilan data peribahasa Melayu yang bersumberkan burung gagak. Terdapat kajian terkini membuktikan burung gagak sebagai burung yang pintar, dapat menyelesaikan masalah dengan baik dan boleh mengekspresikan perasaan yang rumit. Tetapi, berdasarkan keintelektulan dan akal budi masyarakat Melayu, mereka masih merefleksikan burung gagak mempunyai sisi yang negatif. Contohnya, pengkhianatan, tikam belakang, ada kepentingan tersendiri dan menunggu masa untuk menjatuhkan seseorang. Rumusannya, penilaian orang Melayu pada zaman dahulu mengenai burung gagak telah diteliti dan dinilai secara kompleks.