Kebimbangan Pelajar Sekolah Rendah Luar Bandar di Sarawak Terhadap Pembelajaran Matematik: Penglibatan Ibu Bapa dan Medium Pengajaran

Pencapaian akademik pelajar dipengaruhi oleh aspek luaran, iaitu sokongan pembelajaran dan persekitaran seperti kemudahan asas, peranan ibu bapa dan guru, dan aspek dalaman seperti keupayaan intelektual, daya pemahaman dan penguasaan. Kajian ini bertujuan mengkaji kebimbangan pelajar sekolah rendah...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Wan Sofiah, Meor Osman, Wan Robiah, Meor Osman, Nur Fatihah, Mat Yusoff, Farida, Abdul Halim
Format: Proceeding
Language:English
Published: 2021
Subjects:
Online Access:http://ir.unimas.my/id/eprint/37814/1/iCLS2021_proceedings_v4_uploaded_7Sept2021.pdf
http://ir.unimas.my/id/eprint/37814/
http://www.conference.unimas.my/2021/icls2021/index.php/programme/icls2021-proceedings
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Malaysia Sarawak
Language: English
Description
Summary:Pencapaian akademik pelajar dipengaruhi oleh aspek luaran, iaitu sokongan pembelajaran dan persekitaran seperti kemudahan asas, peranan ibu bapa dan guru, dan aspek dalaman seperti keupayaan intelektual, daya pemahaman dan penguasaan. Kajian ini bertujuan mengkaji kebimbangan pelajar sekolah rendah luar bandar di Sarawak terhadap pembelajaran matematik. Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah temu bual separa berstruktur yang terbahagi kepada dua bahagian iaitu, penglibatan ibu bapa dan medium pengajaran. Data temu bual bersemuka daripada tujuh kumpulan sasaran pelajar sekolah rendah luar bandar di Simunjan dan Serian telah ditranskripsi dan dianalisis menggunakan pendekatan tematik. Penyelidikan berdasarkan kajian kes ini menunjukkan bahawa kebimbangan pelajar terhadap pembelajaran matematik dipengaruhi oleh usaha ibubapa dan aspirasi pendidikan; sokongan pembelajaran; sokongan persekitaran dan bahasa sebagai medium utama dalam pengajaran di sekolah. Menerusi dapatan ini juga dapat dirumuskan bahawa kebimbangan pelajar dapat dikurangkan dengan penglibatan ibu bapa. Di samping itu, penyampaian pengajaran Matematik dalam bahasa Melayu menjadi pilihan pelajar pelbagai etnik kerana ia dapat mengurangkan kebimbangan mereka. Kajian ini memberi implikasi kepada strategi ibu bapa di rumah dan pendekatan guru di sekolah melalui medium pengajaran yang digunakan untuk mengurangkan kebimbangan pelajar pelbagai etnik dalam mata pelajaran Matematik. Kata kunci: Kebimbangan matematik; sekolah rendah; sekolah luar bandar; penglibatan ibu bapa; medium pengajaran