Bunga Rampai Kritikan Sastera Sarawak
Bunga Rampai Kritikan Sastera Sarawak, merupakan himpunan kertas kerja yang membincangkan perkembangan kesusasteraan di Sarawak, khususnya dari sudut kritikan sastera. Sejarah perkembangan persuratan Melayu Sarawak yang panjang, serta terawal di Malaysia, merupakan satu tinggalan khazanah bangsa yan...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Book |
Language: | English |
Published: |
UNIMAS Publisher
2022
|
Subjects: | |
Online Access: | http://ir.unimas.my/id/eprint/38792/1/IRIS%20Bunga%20Rampai%20Kritikan%20Sastera%20%20Sarawak%20TERKINI.pdf http://ir.unimas.my/id/eprint/38792/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Malaysia Sarawak |
Language: | English |
Summary: | Bunga Rampai Kritikan Sastera Sarawak, merupakan himpunan kertas kerja yang membincangkan perkembangan kesusasteraan di Sarawak, khususnya dari sudut kritikan sastera. Sejarah perkembangan persuratan Melayu Sarawak yang panjang, serta terawal di Malaysia, merupakan satu tinggalan khazanah bangsa yang perlu disuburkan kembali melalui pendekatan kritikan. Hal ini dikatakan sedemikian kerana dunia sastera harus memiliki tiga kelompok yang perlu bergerak seiringan, iaitu pengarang, pembaca dan pengkritik. Kewujudan kelompok-kelompok ini bukan sekadar melengkapi antara satu sama lain, namun berupaya menjamin perkembangan dan kelangsungan bidang kesusasteraan. Karya-karya yang dihasilkan oleh pengarang,
pastinya tidak membawa makna dan impak yang besar kepada dunia kesusasteraan, sekiranya tidak mendapat sentuhan daripada pengkritik. Perlu juga difahami bahawa tugas pengkritik bukan bertujuan untuk mencari kesalahan, kelemahan dan kekuatan karya. Namun pengkritik hadir untuk mentafsir, mengamati, mengapresiasi dan menilai karya secara objektif, berpandukan teori dan kerangka tertentu. Pengkritik yang baik sudah tentu berupaya mendorong penulis untuk menghasilkan karya-karya yang lebih baik, dan bermutu
pada masa hadapan. Sehubungan itu, untuk menyuburkan dunia
penulisan kreatif dan melahirkan lebih ramai penulis, aktiviti kritikan sastera di negara ini perlu dipergiatkan. |
---|